Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games & Fortnite Kaut $3 billion

Sapu bersih

Jade Ice by Jade Ice
December 31, 2018
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Epic Games & Fortnite Kaut $3 billion
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games menutup tirai 2018 dengan cemerlang gara-gara kejayaan yang sangat besar Fortnite; yang menaikkan nilai company diorang kepada USD$15 billion. Ada sumber mengatakan diorang buat profit USD$ 3 billion ekoran daripada itu.

Sape tak kenal Fortnite mesti duduk dalam gua. Game free; dan seperti korang tau buat duit daripada jualan in-game dan diorang yang popularkan genre battle royale (open for discussion).

Epic Games yang ditubuhkan pada 1991 dan dengan berita profit ni; menunjukkan yang keputusan diorangf untuk ubah strategi diorang 6 tahun lepas membuahkan hasil.

September lepas, Epic punya value hampir kepada USD$15 billion berdasarkan laporan The Wall Street Journal, dan pelabur macam KKR, Kleiner Perkins dan Lightspeed berlumba-lumba nak dapatkan saham Epic.

Pada 2012; Tencent daripada China merupakan pelabur dari luar pertama kat Epic dengan memberikan suntikan dana USD$330 juta untuk dapat 40% kepentingan dalam syarikat. Pada masa ni Epic lebih dikenali sebagai pemilik Unreal Engine.

Kenapa 40% dia lepas? Sebab masa tu bos-bos kat Epic rasa yang diorang macam tak leh survive long term; dengan pulangan yang makin kurang; bajet untuk buat game konsol makin naik dan kemunculan game-game macam League of Legends dan kenaikan smartphone dalam gaming.

Menurut CEO Epic Tim Sweeney; duit daripada Tencent ni la yang membolehkan diorang pergi ke arah freemium games; dan strategi ni dipanggil Epic 4.0.

Daripada kesedaran yang banyak game-game yang best adalah game yang “live” instead of game yang buat duit secara retail sahaja ini lah yang sedarkan diorang yang Epic perlu tukar daripada fokus kat develop game konsol kepada developer multi platform indie berskala besar.

Tim Sweeney jugak bagitau yang Tencent banyak kasi nasihat dan panduan pada diorang dan duit tu pulak membolehkan diorang bergerak ke arah baru tanpa perlu risau takde modal kelak.

Gila kau mana tak buat banyak duit? Blog Sensor Tower buat anggaran yang pengguna iOS saje belanja USD$1.23 juta sehari. So dalam sebulan Fortnite buat $USD37 juta dan keseluruhan duit diorang buat dalam plaform Apple melebihi USD$385 juta. Kaya eh budak-budak iOS.

Dan seperti kita tau Fortnite ni cross platform; semua platform ada kecual Symbian dengan Blackberry OS. Nak kira untung kat cross platform ni bukan senang; tapi awal 2018 Super Data Research kata game ni buat USD$318 juta pada bulan Mei untuk semua platform; dikala ia masih baru kat iOS dan takde kat Android.

Pembelian atau penjolian kat Fortnite akan spike masa release season baru. Terbaru, season 7 yang baru keluar dengan tweak-tweak bertemakan Christmas. So far tak tau lagi berapa untung dari jualan season 7 ni.

Kat China pulak, Tencent yang publish Fortnite tapi takleh dapat untung lagi buat masa ni. Kerajaan China umumkan minggu lepas yang diorang dah dekat dah nak luluskan first batch game-game baru; tapi tak kasitau game apa dan bila…

Ekoran daripada ni Fortnite dan PUBG dari Tencent paling terkesan; game tersohor serata dunia tapi takleh buat duit kat China. Tapi bila dah dapat lesen esok masyuk la; provided that Fortnite boleh menten kompetitif. Kompom 2019 boleh buat lebih banyak profit.

Tapi kita semua tau Epic bukan bergantung kat Fortnite 100%, sebab diorang ada gak game lain; Unreal Engine DAN…Epic Game Store. Yang ni nak lawan Steam. Bezanya kat Epic Game Store diorang kasi 88% revenue kat developer; Valve menerusi Steam pulak kasi 70% je. Lepas tu setiap 2 minggu user akan dapat 1 game free.

Mari kita tengok 2019 lagi sehari dua ni; camne performance Epic. Harap kekal mampan!

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2018battle royaleepic 4.0Epic Gamesepic games storeFortniteprofittencenttim sweeney
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Sales tengah murahkan pelbagai game yang macam tengah buat Clearance sale!

Next Post

Steam Store Simulator ~ Steam Store?

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Steam Store Simulator ~ Steam Store?

Steam Store Simulator ~ Steam Store?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd