Pencipta Fortnite, Epic Games tidak terlepas dari dramanya apabila kali ini ia sekali lagi berdepan dengan saman tuntutan dari saxophonist yang menetap di New York City, iaitu Leo Pellegrino, yang mendakwa Epic Games telah menggunakan kesamaannya tanpa kebenaran apabila tarian saxophone dalam permainan tersebut menyerupainya. Tuntutan itu difailkan hari ini di mahkamah persekutuan untuk daerah timur Pennsylvania.
https://twitter.com/FranBrazzorotto/status/901176651261915136
Emote yang dipanggil “Phone It In” itu membolehkan pemain itu mengeluarkan instrumen saksofon dan memainkan lagu sambil menari. Pellegrino, yang terkenal dengan bandnya, Too Many Zooz, mengatakan bahawa ia adalah tarian hakciptanya yang tidak dapat dipisahkan dari persona dan kisah hidupnya dan Epic tidak pernah meminta izin untuk menggunakan tarian hak miliknya. Pellegrino diwakili oleh Pierce Bainbridge Beck Price & Hecht LLP, firma yang sama mewakili beberapa artis lain, selebriti internet, dan pelakon dalam tuntutan berdasarkan emote terhadap Epic seperti “Backpack Kid” dan “Orange Shirt Kid”.

Dalam kes ini, Pellegrino tidak membuat tuntutan hak cipta atas tarian saxophonenya, tetapi dia menyaman secara eksklusif atas kesilapan penyamaran. Kesemua kes lain cuba untuk menetapkan bahawa gerakan tarian boleh dihakcipta, tetapi ia masih menjadi satu perbalahan undang-undang hak cipta kerana ia kurang jelas. Tidak jelas bahawa jika emote Fortnite ini sebenarnya meniru Pellegrino.
Ketika membincangkan saman itu, firma tersebut melampirkan satu video di mana Pellegrino melakukan tarian dan bermain saksofon secara langsung sebagai bukti penyamaran kesamaan. Sebahagian daripada tuntutan itu dilihat bahawa Pellegrino menggunakan “kaki menunjuk ke luar” semasa bermain dan tarian tangannya adalah “cintanya untuk melakukan pertunjukan bertenaga bermain saksofon.” Namun, ia boleh juga terjadi yang emote ini diinspirasikan daripada meme yang terkenal iaitu, Epic Sax Guy. Hanya dengan mencari “Epic Sax Guy Fortnite” di Youtube, ia akan membawa banyak video yang membandingkan sudut Stepanov (Epix Sax Guy) dengan emote “Phone It In” yang terdapat persamaan jelas.
https://www.youtube.com/watch?v=Ix04HRTbqhs
Tidak kira di mana pun inspirasinya datang, pendapatan berasaskan emote Fortnite ini tidak dinafikan menghasilkan untungan yang lumayan. Tahun lepas, Epic dianggarkan telah membuat $2.4 bilion, semata-mata melalui transaksi in-game ini dan perkhidmatan langganan Battle Pass, yang termasuk beberapa emote yang telah didakwa. Apa yang masih belum jelas adalah sama ada Epic mempunyai apa-apa wang untuk pencipta yang mengilhamkan tarian dan barang yang dijual mereka. Bulan lepas, perkara yang sama berlaku apabila Epic dikenakan saman atas tuduhan “Dancing Emote”.
Sumber: The Verge
@gamersantaimy
Discussion about this post