Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games bagi game percuma termasuk XCOM 2

safwan by safwan
April 15, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma
0 0
0
Epic Games bagi game percuma termasuk XCOM 2
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap hari Jumaat, Epic Games Store akan mengemas kini barisan game percuma yang tersedia selama satu minggu. Biasanya, mereka akan menawarkan satu game tetapi untuk minggu ini, Epic memberi dua game percuma iaitu Insurmountable dan XCOM 2.

Mulai hari ini hingga 21 April, korang boleh tebus kedua-dua game ini tanpa sebarang kos.

Which is riskier: overcoming huge mountains in risky conditions or saving humanity from an alien threat? 👀

You decide. Or better yet, challenge both! Insurmountable and XCOM 2 are both free this week: https://t.co/HtftoaoJlW pic.twitter.com/sxeett9bj4

— Epic Games Store (@EpicGames) April 14, 2022

Insurmountable

Hadapi pelbagai rupa bentuk bumi sebagai pendaki seorang gunung dan menghadapi bahaya ketika mendaki. Banyak keputusan sukar menanti anda dalam persekitaran yang berisiko ini. Anda perlu mendaki naik dan turun gunung serta mengatasi ketinggian yang tidak dapat diatasi!

Menurut Epic Games Store

XCOM 2

Makhluk asing sedang memerintah bumi dan menyembunyikan agenda jahatnya. Sebagai ketua pasukan Guerrilla force, anda mesti mencetuskan tentangan global untuk menghapuskan ancaman makhluk asing dan menyelamatkan manusia.

Menurut Epic Games Store

Jom, kami terangkan secara terperinci lagi tentang XCOM 2 ini. Ia ialah sekuel kepada XCOM: Enemy Unknown yang pernah memenangi anugerah dalam game strategi pada tahun 2012.

Dua puluh tahun telah berlalu sejak pemimpin dunia menawarkan penyerahan tanpa syarat kepada makhluk asing. XCOM adalah barisan pertahanan yang terakhir untuk planet ini tetapi ianya telah dibiarkan musnah dan terpisah. Kini, dalam XCOM 2, makhluk asing sedang menguasai bumi, membina bandar-bandar yang menjanjikan masa depan yang cemerlang untuk manusia tinggal sambil menyembunyikan agenda jahat mereka.

Hanya mereka yang tinggal di pinggir dunia yang mempunyai kebebasan. Di sini, terdapat pasukan yang bernama XCOM sedang berkumpul sekali lagi untuk membela kemanusiaan. Pasukan XCOM yang tinggal mesti mencari jalan untuk mencetuskan tentangan global, dan menghapuskan ancaman makhluk asing untuk selama-lamanya.

Bagi sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk dapatkan game Insurmountable dan XCOM 2 di Epic Games Store secara percuma. Untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang game percuma, sila klik pautan ini.

Sumber: Epic Games Store

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: InsurmountableXCOM 2
Previous Post

Model realistik Sora tidak akan kekal sepanjang game Kingdom Hearts 4

Next Post

Pemain legenda Elden Ring “Let Me Solo Her” muncul kalahkan Malenia!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pemain legenda Elden Ring “Let Me Solo Her” muncul kalahkan Malenia!

Pemain legenda Elden Ring "Let Me Solo Her" muncul kalahkan Malenia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd