Minggu lepas Epic Games dituduh mengambil data dari Steam pemain secara rahsia apabila pemain membuka launcher game. Mereka kemudiannya memberi respons terhadap dakwaan itu dengan mengatakan maklumat yang dikumpul itu sebenarnya digunakan untuk tujuan yang baik seperti program Support-a-Creator, berkomunikasi dengan editor Unreal dan juga mengimport rakan-rakan Steam pemain jika pemain memilih untuk berbuat demikian.
Epic Games Launcher collects your steam friends & play history https://t.co/j4DAOT57pZ pic.twitter.com/y3qiGZoYLw
— ResetEra NT (@ResetEraNT) March 14, 2019
Menurut naib presiden kejuruteraan Epic Games, Daniel Vogel, mengesahkan yang pihak mereka ada menggunakan tracking pixel, tapi ianya hanyalah untuk program Support-a-Creator supaya mereka boleh membayar creators mereka. Tambahnya lagi, launcher tersebut akan menghantar hardware survey pada waktu yang tetap selang beberapa minit, dan ini telah digariskan dalam panduan syarikat mereka.
Epic Game Store, Spyware, Tracking, and You!
byu/notte_m_portent inPhoenixPoint
Dalam satu Reddit post yang amatlah panjang, pengguna itu menyatakan Epic punya launcher menghitung running process dan juga cuba untuk mengakses DLLs serta root certificate tanpa meminta kebenaran dari pengguna. Pengguna reddit itu juga mendakwa yang data mereka telah dialihkan ke Epic tanpa sebab, dan ia menyimpan maklumat hardware mereka. CEO Epic, Tim Sweeney mengatakan proses ini sebenarnya adalah kerja terburu-buru yang direka pada “permulaan Fortnite”, dan ia akan dibaiki. Dia berkata lagi yang Epic Store tak menggunakan API (Application programming interface) Steam disebabkan Epic punya kebimbangan terhadap privasi pengguna.
Menurut Bleeping Computer, pengarah Valve, Doug Lombardi mengatakan yang syarikatnya sedang melihat apa jenis maklumat yang Epic launcher kutip di Steam. Nampaknya, pihak Valve tak berpuas hati dengan segala isu yang melibatkan Epic Games mengambil data pemain. Dough memberitahu Bleeping:
“Steam Client akan menyimpan data seperti senarai permainan yang pemain ada, rakan-rakan pemain dan juga tokens yang telah disimpan untuk login.” “Ini adalah data privasi pengguna, yang disimpan di home masing-masing dan tidak pernah bermaksud untuk digunakan oleh program lain mahupun dimuat naik dari sumber pihak ketiga.”
Dalam maksud lain, Valve menyatakan yang Epic Store tak sepatutnya menyentuh localconfig.vdf sama sekali. Valve berkemungkinan akan encrypt user data local untuk mengelakkan Epic dari dan software lain meniru pada masa akan datang. Buat masa ini, pihak Valve masih belum memberikan sebarang maklumat rasmi tentang tindakan apa yang mereka lakukan, tapi yang pasti Epic Games memang setiap hari akan ada sahaja drama dia tersendiri! Minggu lepas, saman pasal emote menari dibatalkan!
Sumber: PC Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post