Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Enam Adegan paling SEDIH di One Piece yang Peminat Pasti Nangis!

Apakah saat paling kamu ingat daripada siri anime One Piece?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2019 - Updated on February 18, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Enam Adegan paling SEDIH di One Piece yang Peminat Pasti Nangis!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada adegan pertempuran yang GEMPAK belaka ditunjukkan dalam siri anime dan manga One Piece, ia juga mempunyai saat-saat atau adegan sedih dan beremosi daripada setiap watak. Saya sendiri terkejut apabila air mata saya jatuh pada adegan-adegan tertentu di One Piece. Berikut adalah beberapa saat-saat istimewa apabila One Piece bukan hanya bercerita tentang aksi, tetapi telah menyentuh perasaan para peminat. Mari kita lihat!

Kematian Corazon

Corazon atau nama sebenarnya Donquixote Rosinante ialah abang Donquixote Doflamingo. Corazon yang berhajat untuk menghentikan rancangan jahat Doflamingo memutuskan untuk menjadi pengintip bagi pihak Marine. Dia jugalah individu yang menjaga dan membela Trafalgar D. Law sejak berusia 10 tahun. Disebabkan penyakit istimewa Law yang dikenali sebagai Amber Lead Syndrome, Corazon memutuskan untuk melarikan diri daripada keluarga Donquixote untuk mencari hospital yang dapat menyembuhkan Law.

Ternyata, Ope Ope no Mi adalah satu-satunya penawar bagi penyakit Law. Malangnya, Corazon ditembak mati oleh Doflamingo yang tahu dia menyamar. Dari saat itu, Law memutuskan untuk membalas dendam bagi kematian Corazon di Doflamingo dan membuat perjanjian aman dengan Straw Hat.

https://www.youtube.com/watch?v=LWf5DVVFLUc

Selamat Tinggal Vivi

Semasa pengembaraan mereka di Alabasta, krew Straw Hat terpaksa menghadapi lawan yang sukar, Mr. 2, dengan kuasa untuk mereplikasikan wajah dan rupa sesiapa yang dia mahu. Zoro kemudian muncul dengan idea untuk mengatasi musuh ini. Mereka membuat tanda X hitam di lengan kiri mereka, sebagai simbol mereka ialah ahli sebenar Straw Hat. Untuk mengelakkan diri daripada ditiru oleh Mr. 2, tanda ini ditutup oleh pembalut dan hanya boleh ditanggalkan untuk membuktikan identiti.

Luffy kemudian menyatakan bahawa tanda X ini juga adalah lambang persahabatan mereka. “X” tersebut telah didedahkan pada penghujung story arc, dan kemudian apabila ahli Straw Hat mengucapkan selamat tinggal kepada Vivi, sebagai tanda bahawa mereka masih sahabat walaupun mereka tidak dapat menyebutkannya depan-depan.

Pertemuan Sabo dan Luffy

Selepas 12 tahun perpisahan, ketika Sabo bertemu Luffy, Luffy tidak mengenali Sabo pada mulanya malah mencabarnya setelah Sabo menyatakan dia tidak akan membiarkan Luffy memiliki kuasa Ace. Walau bagaimanapun, apabila Sabo mendedahkan identitinya dan bercerita tentang hari mereka menjadi saudara, Luffy menjadi keliru dan terkejut. Rupanya, Sabo telah diselamatkan oleh ayah Luffy, Dragon dan mereka disatukan semula di Corrida Coliseum.

Selepas Luffy menyedari bahawa Sabo masih hidup, dia mula menangis gembira, kerana memikirkan bahawa dia telah mati 12 tahun yang lalu. Luffy dengan cepat memeluk Sabo, gembira bahawa abangnya masih hidup dan dalam keadaan selamat, manakala Sabo berterima kasih kepada Luffy kerana masih hidup selepas pertarungan di Marineford. Sabo sangat gembira apabila mengetahui Luffy masih hidup, kerana dia satu-satunya saudara yang tinggal sejak kematian Ace.

Luffy membawa pulang Sanji ke Straw Hat

Apabila Sanji diculik oleh Germa 66, mereka merancang untuk Sanji berkahwin dengan Pudding, salah seorang anak perempuan Big Mom. Sanji tidak mempunyai pilihan lain kerana Germa 66 mengancam untuk membunuh Zeff, lelaki yang membesarkannya jika dia tidak melakukan apa yang mereka mahu.

Apabila dia bertemu lagi dengan Luffy, Sanji mengarahkan Luffy untuk beredar sejauh mungkin kerana dia tidak mahu melihatnya lagi tetapi Luffy tidak mahu berganjak dari tempat itu sehingga Sanji pulang ke Straw Hat semula. Sanji yang marah kemudian memukul Luffy sehingga dia tidak sedarkan diri. Akhirnya, Sanji ditunjukkan menangis kerana dia dalam lubuk hati, dia sebenarnya mahu kembali kepada Straw Hat.

https://www.youtube.com/watch?v=1VwdZo6aQmQ

Pengembaraan Terakhir Going Merry

The Going Merry adalah kapal pertama milik Straw Hat yang mereka guna untuk merentasi East Blue sehingga Water 7. Malangnya, Going Merry mengalami sejumlah besar kerosakan sepanjang hayatnya. Akhirnya, Going Merry tidak dapat lagi meneruskan perjalanan dan selepas membantu Straw Hat melarikan diri dari Enies Lobby, ia menerima pengebumian Viking.

Straw Hat memutuskan untuk membiarkan Going Merry berehat akhirnya dan mengebumikannya, setiap kenangan mereka bersama diingati di mana ia berakhir dengan perpisahan. Going Merry meminta maaf, tetapi Luffy berkata ini semua adalah kerana kesilapan mereka. Going Merry tetap berkata dia masih sangat gembira, dan terima kasih kepada ahli Straw Hat sekali lagi sebelum meninggal dunia.

Kematian Ace

Selama bertahun-tahun, tiada watak yang benar-benar kekal mati di One Piece, tetapi akhirnya fakta ini terbukti salah apabila Portgas D. Ace mati dalam pertarungan di Marinefort. Untuk melindungi adiknya, Ace telah mati bagi pihak Luffy. Ace ditumbuk oleh tumbukan magma di belakang oleh Admiral Akainu, dan rebah ke pelukan Luffy. Dia kemudian berfikir tentang masa lalu, dan ingat apakah tujuannya dalam kehidupan. Akainu masih terus menyerang Luffy, tetapi dihalang oleh Jinbe.

Selepas melihat kecederaan yang dialami Ace, mereka membuat kesimpulan bahawa organnya dibakar, dan memberitahu Luffy bahawa Ace tidak boleh diselamatkan. Sebelum Ace mati, dia berterima kasih kepada Luffy untuk segala-galanya dan semua orang kerana menyayanginya. Luffy kemudian dilihat menangis setelah Ace menghembus nafas terakhir.

https://www.youtube.com/watch?v=P94wMl5F0c0

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Adegan SedihanimeCorazonGoing MerryluffymangaMarinefordone piecePortgas D. AceSaboSanjiStraw HatTrafalgar D. LawViviZoro
Previous Post

Peminat-peminat di Asia! Bersiap sedia untuk mencuba sendiri permainan Marvel’s Avengers terbaru di GameStart Asia 2019!

Next Post

Tingkatkan Prestasi Kamu dengan bantuan HyperDrift di Predator Helios 700!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Tingkatkan Prestasi Kamu dengan bantuan HyperDrift di Predator Helios 700!

Tingkatkan Prestasi Kamu dengan bantuan HyperDrift di Predator Helios 700!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd