Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Empat KELEBIHAN yang ada pada PC Gamer berbanding Mobile Gamer!

Hanya perbandingan, semua ada kelebihan memasing.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 10, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, Mobile, PC
0 0
0
Empat KELEBIHAN yang ada pada PC Gamer berbanding Mobile Gamer!
Share on FacebookShare on Twitter

Personal Computer (PC) adalah teknologi yang diwujudkan untuk membantu atau memudahkan kerja manusia. Tapi kebelakangan ini, komputer mula kurang disayangi, terutamanya oleh kanak-kanak kecil yang lebih suka telefon pintar berbanding PC. Bermain permainan video dan mengakses maklumat terkini boleh dilakukan melalui telefon pintar dan segala jenis permainan RPG, MOBA, dan FPS boleh dimainkan melalui peranti tersebut. Jangan risau. Pemain PC masih ramai di Malaysia, dan komuniti masih bertambah. Walapun telefon pintar mempunyai banyak kelebihan, ini tidak bermakna PC tiada kelebihannya sendiri. Pelbagai kemahiran khusus yang tidak ada pada peranti telefon pintar boleh didapati untuk pengguna PC. Apakah kelebihan itu? Mari kita kaji di sini.

Refleks pantas & berbeza dari gamer mobile!

Setiap pemain PC yang kompetitif pasti mempunyai refleks sepantas kilat. Jangan salah faham. Bermain di mobile juga memerlukan refleks yang baik, tetapi penggunaan refleks anda di PC lebih sukar dan mengharuskan kedua-dua tangan anda untuk hidup. Lebih-lebih lagi pada permainan jenis FPS di mana pemain akan aktif bergerak sana sini. Semua mesti dilakukan dengan cepat dan tepat.

Kebolehan menaip yang tiada tandingan!

Pengalaman menaip melalui telefon pintar dan PC sudah tentu sangat berbeza. Satu kaedah untuk meningkatkan kepantasan menaip anda ialah dengan tekun bermain permainan video PC. Hampir setiap pemain yang bermain PC untuk tempoh yang lama akan mempunyai keupayaan menulis yang cepat dan tepat berbanding dengan orang yang jarang atau tidak pernah bermain PC. Malah, kita perlu menaip dengan cepat di in-game agar tidak dibunuh secara tiba-tiba oleh musuh.

Multi-task dengan cekap!

Ciri multi-task pada telefon pintar setakat ini masih sangat terhad jika dibandingkan dengan PC dengan keupayaannya untuk menjalankan lebih banyak aplikasi pada satu masa yang sama. Perkara ini digunakan oleh gamers untuk melakukan aktiviti lain semasa bermain seperti mendengar muzik, video call, dan urusan-urusan lain. Ciri multi-tasking memaksa otak kita untuk menyesuaikan diri bagi melakukan pelbagai perkara lain serentak.

Multitasking GIF from Multi GIFs

Kemampuan meningkatkan PC, tidak kira perisian atau perkakasan!

Sebagai gamer PC yang setia, anda pasti akan mengenali setiap komponen, perisian, dan perkakasan yang ingin digunakan. Membina PC gaming sendiri pasti lebih membanggakan daripada membeli komputer riba atau telefon pintar yang sudah siap di kilang. Membina PC gaming sendiri akan menjadi pengalaman yang bermanfaat dan dihargai. Ini membuktikan bahawa jika kita ingin meningkatkan telefon pintar kesayangan, kita harus beli variannya yang lebih berkuasa tetapi di PC, tanpa perlu membeli peranti yang sama, kita boleh mengubah isinya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gamerKelebihanMobilePC
Previous Post

Sekuel BioShock dalam pembangunan oleh studio baru, Cloud Chamber!

Next Post

Pengguna MSI layak menerima Health Check PERCUMA! Mari jaga kesihatan laptop kesayangan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pengguna MSI layak menerima Health Check PERCUMA! Mari jaga kesihatan laptop kesayangan!

Pengguna MSI layak menerima Health Check PERCUMA! Mari jaga kesihatan laptop kesayangan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd