Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elder Scrolls 6 khas untuk PC & Xbox sahaja! Paling awal akan keluar pada 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2023
in Artikel, Berita, Open World, PC, PS4, PS5, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elder Scrolls 6 khas untuk PC & Xbox sahaja! Paling awal akan keluar pada 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Microsoft memperoleh Bethesda, ramai pemain PlayStation bimbang bahawa The Elder Scrolls 6 akan dikeluarkan eksklusif untuk PC dan Xbox sahaja. Malangnya, kerisauan anda mungkin benar. Menurut dokumen mahkamah rasmi, The Elder Scrolls 6 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk PC dan Xbox sahaja, tanpa rancangan untuk versi PlayStation.

Kredit: Bethesda

Berikut adalah kisahnya:

Pertama kali diumumkan pada E3 2018, tidak banyk yang didedahkan tentang Elder Scrolls 6 selain daripada logo dan pernyataan bahawa “game ini sedang dalam pembikinan”. Masuk 2023, info tentang The Elder Scrolls 6 masih sedikit di mana ramai orang menjangkan ia memerlukan beberapa tahun lagi sebelum game ini dilancarkan.

Kredit: Bethesda

Bethesda baru sahaja melancarkan judul RPG open world sci-fi bercita-cita tinggi Starfield dan mempunyai rancangan untuk menyokong game itu dengan beberapa update dan DLC untuk jangka masa yang lama, jadi peminat janganlah mengharapkan berita baru tentang Elder Scrolls 6 dalam masa terdekat.

Walaupun kekurangan info, satu-satunya berita terkini kita dapat datang daripada kes ‘FTC vs. Microsoft‘ yang mendedahkan bahawa The Elder Scrolls 6 pada masa ini dirancang untuk PC dan Xbox dan tidak akan dikeluarkan sehingga 2026 atau kemudian.

From Microsoft's responses in the FTC vs Microsoft case. Elder Scrolls VI listed here as Xbox and PC and releasing 2026 or later.

During testimony at the hearing, Xbox's Phil Spencer went on to say the game was at least five years out and platforms were technically TBD pic.twitter.com/Kto9bE5U8C

— Stephen Totilo (@stephentotilo) September 18, 2023

Info ini pun dikongsi di Twitter oleh Stephen Totilo yang menunjukkan carta game terbitan Bethesda. Cara ini menjelaskan bahawa kedua-dua Ghostwire: Tokyo dan Deathloop dikeluarkan pada PlayStation, manakala Fallout 76 dan The Elder Scrolls Online masih menerima sokongan pada PlayStation walaupun sudah diperoleh oleh Microsoft. Carta ini juga termasuk Starfield, Redfall dan The Elder Scrolls 6 – semuanya disenaraikan sebagai eksklusif di PC dan Xbox.

Buat masa sekarang, ini adalah satu-satunya bukti bahawa The Elder Scrolls 6 tidak akan dikeluarkan pada konsol PlayStation. Mungkin ada yang risau tetapi itu tidak bermakna pemain PlayStation tidak mempunyai harapan sama sekali.

Kredit: Bethesda

Seperti yang dinyatakan oleh Totilo, Phil Spencer (Ketua Xbox) menjelaskan bahawa platform Elder Scrolls 6 sebenarnya masih belum diputuskan. Memandangkan jumlah pemain Elder Scrolls di PlayStation sangat, tidak mungkin Elder Scrolls 6 akan menolak platform itu.

Pada masa yang sama, mereka mungkin akan menjadikan game ini eksklusif buat beberapa bulan atau setahun lalu baru membuka akses kepada pemain PlayStation selepas tempoh eksklusif itu tamat.


Elder Scrolls 6 masih dibangunkan untuk PC dan Xbox. Tarikh keluaran tepat tidak diumumkan. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elder Scrolls 6PCpsxbox
ShareTweetSend
Previous Post

Diskaun Terakhir, Marvel’s Avengers Kini Dijual Dengan Potongan Harga 90%!

Next Post

Kualiti Mortal Kombat 1 di Switch Begitu Teruk, Ramai Pemain Kecewa

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Kualiti Mortal Kombat 1 di Switch Begitu Teruk, Ramai Pemain Kecewa

Kualiti Mortal Kombat 1 di Switch Begitu Teruk, Ramai Pemain Kecewa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd