Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring ditunda ke 25 Feb 2022, bakal mengadakan Closed Network Test bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring ditunda ke 25 Feb 2022, bakal mengadakan Closed Network Test bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Game action-RPG fantasi, Elden Ring yang dikembangkan oleh FromSoftware Inc. dan dihasilkan oleh BANDAI NAMCO Entertainment Inc. telah ditunda ke bulan Februari tahun depan dan bakal mengadakan Closed Network Test yang dirancang pada 12 November. Tahap produksi dan pembangunan telah melebihi jangkaan awal, dan oleh itu, pihak bertanggungjawab telah membuat keputusan untuk memperpanjang tempoh pengembangan ke tarikh pelepasan 25 Februari 2022 bagi menyiapkan permainan.

Bagi Closed Network Test, peminat yang terpilih dapat merasakan apa yang akan ditawarkan oleh permainan penuh sambil membantu pasukan pembangunan dalam menguji server dalam talian sebelum tarikh pelancarannya. Elden Ring Closed Network Test boleh dimainkan sepanjang hujung minggu 12-15 November untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X|S dalam jangka masa berikut:

  • November 12: 19:00 to 22:00
  • November 13: 11:00 to 14:00
  • November 14: 3:00 to 6:00
  • November 14: 19:00 to 22:00
  • November 15: 11:00 to 14:00

Pemain Asia Tenggara perlu mendaftar di www.eldenring.com/cnt untuk berpeluang menyertai Closed Network Test dan menawarkan aksi multiplayer cross-play (PlayStation 5 dan PlayStation 4 pemain dapat bermain bersama, sama untuk Xbox Series X|S dan Xbox One. Pemain PlayStation tidak dapat bermain dengan pemain Xbox).

Pada bulan Ogos lalu, saya sendiri dapat melihat Elden Ring buat pertama kalinya. Berikut adalah antara topik yang dibincangkan:

“Kita juga mempunyai lebih banyak kebebasan semasa merancang “build” untuk avatar, di mana pilihan senjata tidak “begitu” mengehadkan cara kita bermain. Sebelum ini, beberapa skil hanya boleh dipakai pada senjata tertentu, tetapi sekarang kita dapat menukar skil dengan bebas antara pelbagai jenis senjata. Menurut FromSoftware, ada lebih daripada 100 skil untuk dikumpul. Berdasarkan info itu, anda bebas memadankan mana-mana skil pada senjata atau peralatan.

FromSoftware mengesahkan dalam preview ini bahawa Elden Ring akan menerapkan sistem multiplayer sehingga dua pemain maksimum. Kita dapat meminta bantuan rakan untuk bertarung sekali dalam mana-mana dungeon dan mereka akan muncul dalam bentuk avatar (siap dengan senjata dan gear), bukannya seperti “bayang phantom” dalam permainan Souls lama. Satu perkara penting yang anda harus tahu ialah rakan ini tidak boleh membantu kita dari awal hingga akhir dan hanya dibenarkan membantu semasa pertarungan dengan bos.”

Untuk segala liputan kani tentang Elden Ring, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoClosed Network TestditundaElden Ringfromsoftware
Previous Post

Review Discovery Tour: Viking Age – Main sambil belajar sejarah Assassin’s Creed Valhalla!

Next Post

Netflix melepaskan teaser rasmi Cowboy Bebop bertajuk “The Lost Session”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Netflix melepaskan teaser rasmi Cowboy Bebop bertajuk “The Lost Session”

Netflix melepaskan teaser rasmi Cowboy Bebop bertajuk "The Lost Session"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd