Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2025
in Artikel, Berita, Eksklusif, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Real time strategy, RPG, Steam, Temuramah, Turn-Based, Xbox Series X|S
0 0
0
[EKSKLUSIF ASIA] Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles: Jawapan Sebenar Tiada Kandungan “The War of the Lions”
Share on FacebookShare on Twitter

Pengumuman Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles sememangnya mengundang kegembiraan di kalangan peminat RPG taktikal yang sudah lama menyayangi siri ini, sebuah karya yang masih dianggap antara spin-off terbaik dalam sejarah Final Fantasy.

Dalam temu bual eksklusif Asia bersama kami baru-baru ini, Pengarah Kazutoyo Maehiro, penulis asal dan senario Yasumi Matsuno, serta produser Shoichi Matsuzawa berkongsi pandangan mereka tentang cabaran membawa kembali karya ikonik ini selepas hampir tiga dekad.

Dari mengekalkan identiti asal sehinggalah menarik minat pemain generasi baru, mereka menceritakan pendekatan yang diambil untuk mengolah semula aspek penceritaan, gameplay, dan legasi abadi Final Fantasy Tactics.

Legasi Yang Wajar Dihidupkan Semula

Kredit: Square Enix

Keputusan untuk menghidupkan semula Final Fantasy Tactics hadir daripada rasa hormat terhadap keistimewaan dan daya tarikannya yang kekal relevan. Maehiro, salah seorang ahli pasukan pembangunan asal, mengenang kembali impak jangka panjang yang ditinggalkan oleh game ini.

“Saya amat bersyukur dan gembira kerana Final Fantasy Tactics telah disayangi dan disokong oleh peminat selama bertahun-tahun,” ujarnya.

Dorongan untuk membangunkan semula projek ini muncul beberapa tahun lalu ketika beliau bermain semula versi original selepas terlibat dalam kandungan Return to Ivalice dalam Final Fantasy XIV.

Kagum dengan “reka bentuk game yang cemerlang dan cerita berlapis-lapis yang mendalam,” Maehiro menyedari betapa berkualitinya karya tersebut, namun pada masa sama turut menyedari keterbatasannya untuk diakses oleh pemain masa kini.

Kesedaran itulah yang menjadi asas misi mereka untuk memperkenalkan semula game ini kepada generasi baru, sambil tetap menghormati para peminat yang telah menyokongnya sejak sekian lama.

Kredit: Square Enix

Untuk memastikan pengalaman ini dapat dinikmati oleh kedua-dua peminat lama dan pemain baru, pasukan memilih untuk menghasilkan dua versi berbeza.

“Kami memutuskan untuk menyertakan dua versi: versi ‘Classic’, yang setia kepada original untuk peminat, dan versi ‘Enhanced’, yang menampilkan pelbagai penambahbaikan dan elemen tambahan untuk pemain baru,” jelas Maehiro.

Pendekatan dua cabang ini membolehkan peminat veteran merasai semula pengalaman asal yang mereka cintai, sementara pemain baru pula diberikan satu versi yang lebih segar dan moden sebagai pintu masuk ke dunia Ivalice.

Kredit: Square Enix

Matsuno, individu yang mencetuskan keseluruhan konsep asal, turut berkongsi rasa bangga yang bercampur dengan perasaan refleksi terhadap perjalanan game ini.

“Sebagai pencipta asal-usul konsep, saya mempunyai visi yang lebih tinggi daripada gunung dan lebih dalam daripada laut,” katanya, mengenangkan cita-cita besar yang menjadi asas kepada pembikinan game ini.

Namun, dengan tempoh pembangunan yang hanya setahun, berdepan teknologi yang masih asing, dan pasukan berskala besar pada waktu itu, kompromi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Sebagai pencipta, saya memang mempunyai beberapa penyesalan tentang perkara yang tidak dapat diselesaikan,” akui Matsuno.

Namun, beliau tetap berbangga kerana berjaya mengimbangi antara cita-cita kreatif dengan tanggungjawab sebagai ketua projek untuk melahirkan sebuah produk yang berjaya. Kini, dengan projek ini bakal diperkenalkan semula pada tahun 2025, Matsuno teruja kerana akhirnya karya itu berpeluang untuk sekali lagi menemui khalayak global.

Memelihara Inti Cerita Ivalice

Kredit: Square Enix

Bagi peminat Final Fantasy Tactics: The War of the Lions, mungkin ada persoalan tentang bagaimana versi remaster ini menangani kandungan tambahannya, namun Maehiro menegaskan bahawa mereka kekal setia dengan visi original pada 1997.

“Sama seperti versi ‘Classic’ yang setia kepada asal, versi ‘Enhanced’ juga melakukan perkara yang sama dengan tidak menyertakan watak atau elemen Job yang ditambah dalam Final Fantasy Tactics: The War of the Lions,” jelasnya.

Walaupun pasukan ada berbincang tentang kemungkinan menambah watak atau Job baru, akhirnya mereka sepakat bahawa apa yang telah dihasilkan dahulu sudah “sangat digilap.” Sebarang perubahan, kata mereka, boleh menjejaskan keseimbangan pengalaman untuk pemain lama mahupun yang baru berjinak-jinak dengan siri ini.

Kredit: Square Enix

Komitmen untuk mengekalkan keaslian ini turut merangkumi usaha memperbaiki isu-isu teknikal yang pernah membelenggu The War of the Lions.

“Kami juga telah menangani dan menyelesaikan semua isu yang wujud dalam Final Fantasy Tactics: The War of the Lions, termasuk kesan visual, kesan bunyi, dan masalah rendering,” kata Maehiro.

Dengan memperhalusi segala aspek teknikal tersebut, mereka memastikan naratif Ivalice dapat dinikmati dengan lebih jelas dan memberi impak yang sewajarnya, tanpa lari daripada jiwa asalnya.

Kredit: Square Enix

Visi Matsuno ketika mula mencipta kisah ini sebenarnya jauh lebih bercita-cita besar, termasuk interaksi yang lebih mendalam dan rumit antara naratif Ramza dan Delita, namun kekangan masa memaksa banyak idea dipotong.

Walaupun beliau tidak menyesali keputusan itu, Matsuno tetap terbuka untuk menghidupkan kembali idea-idea tersebut dalam projek lain pada masa depan — walaupun tidak semestinya dalam Final Fantasy Tactics.

Buat masa ini, fokus pasukan adalah memastikan kisah original dapat bersinar sepenuhnya, tanpa sebarang gangguan yang boleh mengubah keseimbangan naratif yang telah dihasilkan dengan teliti.

Gameplay Yang Kekal Relevan Sepanjang Zaman

Kredit: Square Enix

Gameplay taktikal Final Fantasy Tactics cukup sinonim dengan identitinya, dan pasukan pembangunan mendekati usaha membawa game ini kembali dengan penuh teliti dan hormat. Maehiro menjelaskan bahawa keputusan untuk mengekalkan sistem Job dan abiliti original dibuat dengan penuh pertimbangan.

“Versi original sudah merupakan game yang sangat digilap dari segi reka bentuk dan penceritaan,” katanya.

Daripada menambah job atau mekanik baru, fokus utama pasukan adalah menyempurnakan apa yang sudah ada, memastikan tahap strategi dalam kombinasi Job dan abiliti tetap kukuh dan memuaskan.

Kredit: Square Enix

Produser Shoichi Matsuzawa, yang juga merupakan peminat tegar RPG taktikal, melihat Final Fantasy Tactics sebagai salah satu karya agung genre ini yang kekal relevan hingga kini.

“Berbeza dengan game aksi, game taktikal mempunyai daya tarikan tersendiri—seperti merancang build terlebih dahulu atau menjangka pergerakan lawan,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa sistem pengurusan unit yang mudah difahami serta sistem Job yang fleksibel menjadikan game ini sebagai pengenalan terbaik untuk sesiapa yang ingin menceburi genre RPG taktikal.

“Saya benar-benar percaya ia adalah game yang menjadi titik masuk sempurna ke dunia RPG taktikal,” tambah Matsuzawa, dengan harapan bahawa keluaran semula ini akan membuka pintu kepada lebih ramai pemain untuk jatuh cinta dengan genre tersebut.

Kredit: Square Enix

Seperti yang dijelaskan di atas, Matsuno turut mendedahkan bahawa beberapa Job dan watak asalnya terpaksa dipotong kerana kekangan ketika pembangunan dahulu, namun beliau percaya idea-idea tersebut mungkin lebih sesuai untuk projek lain di masa akan datang.

“Terdapat beberapa watak dan pekerjaan yang akhirnya dipotong daripada projek ini. Walau bagaimanapun, saya rasa tiada gunanya membincangkannya sekarang,” katanya.

Kekangan tersebut membuktikan komitmen mereka untuk memastikan game ini disampaikan dengan kualiti terbaik seperti yang dirancang ketika itu, bukannya sekadar menambah elemen baru tanpa diuji demi menampakkan sesuatu yang kononnya ‘baru’.

Masa Depan Cerah Untuk RPG Taktikal

Kredit: Square Enix

Kebangkitan semula genre RPG taktikal sejak kebelakangan ini, dengan kehadiran game seperti Tactics Ogre Reborn dan Triangle Strategy, memberikan momentum yang bagus untuk kemunculan The Ivalice Chronicles. Matsuzawa turut berkongsi keyakinan terhadap masa depan genre ini.

“Saya rasa genre ini masih mempunyai banyak potensi yang belum diterokai,” katanya, sambil menekankan kepuasan tersendiri yang hadir daripada perancangan strategi dan eksperimen membina pasukan.

Bagi beliau, Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles mampu menjadi asas yang kukuh untuk menyemarakkan semula minat terhadap genre ini, menawarkan contoh terbaik bagaimana reka bentuk taktikal yang mantap masih kekal relevan hingga ke hari ini.

Kredit: Square Enix

Komitmen pasukan terhadap Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles membuktikan keyakinan mereka bahawa karya ini masih mempunyai tempat dalam dunia gaming moden.

Dengan mengekalkan keaslian game sambil memperbaiki rupanya, mereka berhasrat untuk menghubungkan kembali kenangan lama dengan cita rasa pemain generasi baru. Seperti yang dinyatakan oleh Maehiro, matlamat utama mereka adalah untuk memastikan “game hebat ini layak dialami oleh generasi baru pemain.”

Melalui The Ivalice Chronicles, impian tersebut akhirnya bakal direalisasikan, membuka pintu untuk pemain lama dan baru kembali meneroka keajaiban dunia Ivalice.

Kredit: Square Enix

Final Fantasy Tactics – The Ivalice Chronicles akan dilancarkan pada 30 September 2025 bagi PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, dan Xbox Series X|S. Versi PC pula akan menyusul melalui Steam pada 1 Oktober. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifFinal Fantasy Tactics - The Ivalice Chronicles
ShareTweetSend
Previous Post

Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!

Next Post

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!
Nintendo Switch 2

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

June 20, 2025
Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!
Berita

Rematch Mulakan Kick Off – Game Bola Sepak Arcade Sloclap Kini di Konsol & PC!

June 20, 2025
Bluey Masuk Ke Fruit Ninja Classic+ Dalam Acara Eksklusif Apple Arcade!
iOS

Bluey Masuk Ke Fruit Ninja Classic+ Dalam Acara Eksklusif Apple Arcade!

June 20, 2025
Next Post
Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

Pengalaman Kami di Nintendo Switch 2 “Mario Kart World” Experience di Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd