Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun di Disney+ Hotstar!

Maira by Maira
June 10, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Disney+, Tempatan
0 0
0
Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun di Disney+ Hotstar!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Ejen Ali sudah pasti ternanti-nantikan tarikh tayangan untuk musim 3 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Nampaknya anda semua tidak perlu tunggu lama lagi, kerana Ejen Ali musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun ini di Disney+ Hotstar. Setelah hampir setengah tahun menanti, akhirnya dapat juga tarikh rasmi untuk tayangan musim terbaru itu.

Ejen Ali Musim 3 ini akan memberikan penonton kesinambunagan Ali dan rakan-rakan ketika mereka menghadapi lebih banyak misi berbahaya. Melihat daripada teaser yang dikeluarkan beberapa bulan lalu, nampaknya kita dapat berjumpa dengan pelbagai watak baru nanti. Apapun, kita nantikan sahaja tayangan episod satu nanti di Disney+ Hotstar.

Untuk pengetahuan anda, Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama WAU Animation dan ditayangkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai “seorang murid sekolah rendah bernama Ali yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang ejen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A (Meta Advance Tactical Agency).”

Sumber: Disney+ Hotstar Malaysia

Selain itu, terdapat juga Webtoon rasmi oleh WAU Animation bertajuk, Ejen Ali : M.A.T.A Secret Files. Webtoon itu menceritakan kisah yang berlaku di antara episod daripada siri tersebut. Jadi, bolehlah anda mengetahui lebih mendalam tentang apa yang berlaku di Cyberaya dan M.A.T.A. Anda juga akan lebih mengenali watak-watak yang muncul dalam siri itu dengan lebih terperinci.

Sumber: Webtoon

Anda hanya perlu sabar sedikit sahaja lagi untuk menonton sambungan siri Ejen Ali. Kalau anda ingin dapatkan liputan lain mengenai siri ini daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Disney+ Hotstar Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disney+ HotstarEjen Ali Musim 3Wau Animation
Previous Post

[SGF 2022] Sekuel seram ‘Layers of Fears’ akan datang menghantui pada 2023

Next Post

Maneater kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Maneater kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Maneater kini PERCUMA di Epic Games Store! Claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd