Eiyuden Chronicle: Rising yang telah diumumkan pada tahun lepas akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran untuk game, iaitu pada 10 Mei 2022. Ianya akan tersedia di platform PC, PS4, PS5, Nintendo Switch, Xbox One dan Xbox Series X|S. Manakala sekuel untuk game ini pula akan tiba pada tahun 2023.
Sebenarnya pada tahun lepas, kewujudan untuk game ini merupakan satu kejutan buat peminat. Pembangun Rabbit & Bear Studios tidak pernah pun menyebut apa-apa tentangnya semasa kempen Kickstarter untuk Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes dijalankan. Jadi, bayangkan betapa terkejutnya peminat apabila mereka mengumumkan prekuel untuk Hundred Heroes semasa E3 Xbox.
Anda boleh melihat preview ekslusif di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gameplay game ini.
Eiyuden Chronicle: Rising ialah 2D action RPG yang mempunyai gaya ilustrasi yang sama seperti Hundred Heroes dan memperkenalkan pemain kepada dunia Eiyuden Chronicle. Anda juga tidak perlu terbeban semasa bermain kerana anda hanya mengawal satu watak sahaja dan bukanlah ketiga-tiga watak dalam parti.
Anda akan bermula sebagai scavenger muda bernama CJ yang sedang mencari bahan untuk membina semula bandar perlombongan yang musnah. Selepas itu, dia akan bertemu dengan datuk bandar itu untuk menyiasat runtuhan purba yang ditemui selepas gempa bumi baru-baru ini. Kemudian, mereka berdua akan bertemu dengan seorang ahli pedang bernama Garoo, yang sedang mengembara.

Sistem pertempuran game ini akan melibatkan pertukaran secara aktif antara setiap watak untuk melakukan chain attack dan buff bersama-sama. Ia sangat berbeza daripada gameplay yang dilihat pada game Hundred Heroes. Ini memberikan sedikit petunjuk bahawa Rising mungkin satu game spin-off yang lebih kecil untuk peminat rasai sebelum memulakan Hundred Heroes.
Dengan berbaki kurang sebulan, anda sudah boleh wishlist atau pra-tempah game untuk terus bermainnya pada bulan Mei. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Eiyuden Chronicle, sila klik pautan ini.
Sumber: TheGamer
@gamersantaimy
Discussion about this post