Hari ini, 505 Games dan Rabbit & Bear Studios telah mengumumkan trailer gameplay terbaru untuk Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes. Trailer ini khas untuk memberi info lengkap kepada para pemain dan mengajar “semua yang anda perlu tahu tentang game ini dalam masa 6 minit.”

Menampilkan lima ciri unik tentang Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes, gameplay ini memberi lebih banyak maklumat tentang Hundred Heroes, dunia Allraan, watak utama, pelakon suara, pertempuran berasaskan turn-based yang sengit, cara-cara untuk mengembangkan markas, mini-game dan aktiviti sampingan. Anda boleh menonton dahulu video di bawah untuk gambaran umum:
Bagi mereka yang tidak tahu, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes ialah JRPG daripada pembangun game legenda Yoshitaka Murayama (Suikoden I & II) dan Junko Kawano (Suikoden I & IV) yang membawa pengalaman permainan turn-based ke tahap seterusnya.

Secara am, Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes menampilkan sistem pertempuran enam watak, sprite 2D dan latar belakang 3D yang dibuat dengan teliti, cerita yang mengasyikkan dengan lebih 100 watak yang boleh dimainkan dan gameplay menarik yang direka untuk membawa pengalaman moden daripada sebuah JRPG klasik.

Harga dan Ketersediaan
Pre-order kini tersedia untuk Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes. Dua versi berbeza boleh didapatkan untuk PC (Steam, Epic Games Store, GOG), PlayStation 4|5, Xbox One
dan Series X|S, sebelum pelancaran rasmi pada 23 April 2024:
- Edisi Standard – Edisi digital tersedia pada harga MYR 149
- Salinan fizikal mungkin berbeza daripada segi harga.
- Edisi Digital Deluxe Edition – Bernilai MYR 177, termasuk pelbagai bonus seperti:
- item, season pass, buku seni mini digital, runut bunyi digital, akses awal 48 jam dan hiasan eksklusif Rabbit & Bear
Dapatkan segala berita kami tentang Eiyuden Chronicle di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post