Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Eiichiro Oda Minta Maaf Kepada Pembaca, Kali Pertama Tidak Sempat Siap Manuskrip One Piece

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Eiichiro Oda Minta Maaf Kepada Pembaca, Kali Pertama Tidak Sempat Siap Manuskrip One Piece
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang 26 tahun diterbitkan dalam Weekly Shonen Jump, Eiichiro Oda nampaknya tidak sempat menyiapkan manuskrip bagi bab terbaru One Piece. Di sini, Oda meminta maaf kepada semua peminat melalui mesej personal dan juga ilustrasi khas di muka surat pertama bab terbaru.

One Piece, Ch. 1,098: In the aftermath of revolution, Kuma experiences tragedy and hope! Read it FREE from the official source! https://t.co/Np0wCO9JBW pic.twitter.com/GxmG91eVkl

— Shonen Jump (@shonenjump) November 12, 2023

Supaya semua faham, setiap bab One Piece diterbitkan pada setiap minggu (kecuali cuti khas di Jepun atau jika Oda jatuh sakit) secara konsisten dan tidak pernah gagal menepati jadual keluaran.  Walaupun segala pujian patut diberikan kepada Oda, hakikatnya dia telah bekerja pada kadar yang sangat sibuk sambil mengambil cuti minimum.

Secara khusus, beberapa khabar angin pada minggu lepas melaporkan bahawa Oda, malangnya, tidak dapat mengeluarkan One Piece bab 1098 secara 100% lengkap untuk Shonen Jump. Berita ini terbukti benar apabila bab baru telah dikeluarkan secara rasmi.

Kredit: @sandman_AP

Seperti yang anda dapat lihat, Oda telah meminta maaf kepada peminat melalui mesej di muka surat pertama bab 1098. Mesej ini boleh didapati di seluar Brook dan betkata; “Saya tidak dapat menyiapkan manuskrip. Saya minta maaf.”

https://twitter.com/OP_SPOILERS2023/status/1722031763680321809

Oda turut berkongsi penjelasan yang lebih panjang yang memberitahu bahawa One Piece bab 1098 adalah kali pertama dalam kerjayanya di mana dia tidak dapat menyiapkan manuskrip. Walaupun beberapa panel dalam bab itu tidak dilukis sepenuhnya, Oda menjelaskan bahawa panel itu masih boleh dibaca dan difahami dengan lancar, jadi peminat tidak perlu risau.

Ini bukan kali pertama isu ini muncul dalam Shonen Jump kerana ramai lagi pelukis manga lain yang melakukan perkara yang sama pada masa lalu. Cuma, ini adalah kali pertama isu ini timbul untuk One Piece.

Kredit: Shueisha

Nasib baiklah, peminat lebih mementingkan kesihatan Oda berbanding menepati jadual mingguan yang ketat, lagi-lagi kerana kita sudah memasuki saga terakhir One Piece, yang babnya lebih penting berbanding sebelum ini.

Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eiichiro Odamangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Avatar: Frontiers of Pandora Bakal Hadir Dengan 2 DLC Selepas Pelancaran!

Next Post

Tiba-Tiba Popular! Adakah Kagurabachi Layak Masuk “Big 3?”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tiba-Tiba Popular! Adakah Kagurabachi Layak Masuk “Big 3?”

Tiba-Tiba Popular! Adakah Kagurabachi Layak Masuk "Big 3?"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd