Hari ini, Konami eFootball mengumumkan kerjasama pertama mereka bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menandakan satu kolaborasi bersejarah yang menggabungkan pengalaman bola sepak maya dengan Malaysia.
Dengan membawa pasukan ikonik Harimau Malaya ke dalam dunia eFootball, perkongsian bersejarah ini menghubungkan bola sepak sebenar dengan alam digital, mencipta peluang baharu yang menarik untuk peminat Malaysia meraikan semangat mereka terhadap game ini.

Kehadiran Rasmi Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia dalam eFootball

Buat pertama kalinya, Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya) akan dipaparkan secara rasmi dalam eFootball. Peminat kini boleh bermain sebagai pasukan kebangsaan bersama pemain tempatan yang disayangi, memberikan peluang unik untuk mewakili negara mereka di pentas maya global.
Kempen Eksklusif untuk Meraikan Semangat Malaysia
Konami dan FAM juga akan melancarkan kempen eksklusif serta interaktif untuk menghubungkan eFootball dengan komuniti peminat bola sepak Malaysia.
Kempen ini akan merangkumi aktiviti khas, pertandingan, dan acara yang direka untuk melibatkan peminat dengan cara unik sambil menonjolkan kebanggaan dan semangat yang mendefinisikan budaya bola sepak Malaysia.

Pengarah Urusan Konami Digital Entertainment Limited, Michio Takahashi, berkongsi pandangannya:
“Konami komited untuk menyediakan cara yang bermakna dan inovatif bagi peminat berinteraksi dengan eFootball sambil memupuk kecintaan universal terhadap sukan ini yang merentasi sempadan.
Bekerjasama dengan FAM, salah satu persatuan bola sepak paling ternama di Asia Tenggara, dan pasukan ikonik Harimau Malaya, membolehkan kami meraikan tenaga bola sepak Malaysia yang penuh semangat.
Perkongsian ini turut memberikan pemain eFootball peluang unik untuk berhubung dan mewakili kebanggaan serta semangat Harimau Malaya di peringkat global.”
Menambah lagi keterujaan, Konami eFootball telah memperkenalkan kad EPIC khas untuk legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali, bagi meraikan sumbangan ikonik beliau kepada sukan ini.
Kad EPIC ini, sebahagian daripada siri Harimau Malaya Stars, mengetengahkan legasi berterusan beliau dan mempamerkan komitmen perkongsian ini terhadap kecemerlangan bola sepak Malaysia.

Safee Sali turut berkongsi kebanggaannya:
“Saya amat berbesar hati menerima kad EPIC ini dalam eFootball™. Ini merupakan detik yang membanggakan untuk saya dan bola sepak Malaysia. Saya menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai game ini dan bermain sebagai wira-wira negara kita—Arif Aiman, Dominic Tan, Paulo Josué, dan saya sendiri.
Bersama-sama, mari kita tunjukkan kepada dunia kehebatan bola sepak Malaysia dan terus membakar semangat peminat di mana-mana sahaja.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post