Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan edisi demo Scarlet Nexus tidak lama lagi! Secara lebih khusus, pemain boleh alami kuasa psikokinesis dan gameplay aksi anime ini di Xbox Series X/S, Xbox One pada 21 Mei 2021 dan di PlayStation 5, PlayStation 4 pada 28 Mei 2021. Dalam demo ini, pemain boleh mencuba 2 protagonis, iaitu Yuito Sumeragi dan Kasane Randall, sehingga peristiwa besar pertama. Gunakan kuasa psikokinesis dan abiliti khas setiap rakan OSF untuk melawan kuasa jahat “Other” dan mengalami kisahnya yang mengasyikkan.
Yuito akan bertarung dengan serangan jarak dekat menggunakan pedang. Dalam demo, pemain boleh meminjam kuasa dari Hanabi, Luka, Tsugumi dan Gemma. Dengan itu, dia boleh menggunakan Pyrokinesis, Teleportation, Clairvoyance dan Sclerokinesis dengan sewajarnya. Kasane pula pakar dalam serangan jarak jauh dengan belati terbang. Dalam demo, pemain boleh meminjam kuasa dari Shiden, Arashi, Kagero dan Kyoka. Dengan itu, dia boleh menggunakan Electrokinesis, Hypervelocity, Invisibility dan Duplication dengan sewajarnya.
Bonus edisi Demo
Sekiranya anda telah membuat “save data” untuk edisi demo Scarlet Nexus, kosmetik di bawah serta aksesori “plug-in” boleh diperolehi semasa permainan versi penuh:
Yuito Story Bonus
- Attachment
- “Bunny Ear Mask (Head) [White]”
- Plug-in: “Forcefield: Mk II”
- Meningkatkan pertahanan untuk watak yang memakai plug-in ini.
Kasane Story Bonus
- Attachment
- “OSF Standard Issue Pack [Black]”
- Plug-in: “Power Enhance: Mk II”
- Meningkatkan kesan serangan untuk watak yang memakai plug-in ini.
*Attachment dan plug-in ini juga boleh didapati dalam permainan penuh*
Scarlet Nexus akan dilancarkan pada 24 Jun di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Untuk baca segala liputan kami tentang permainan termasuk ulasan awal saya, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post