Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Edge of Eternity akan hadir ke PS4 di PlayStation Store Malaysia!

Maira by Maira
March 22, 2022
in Artikel, Berita, Game, PS4, RPG
0 0
0
Edge of Eternity akan hadir ke PS4 di PlayStation Store Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh Midgar Studio, sebuah pasukan indie kecil yang berpangkalan di selatan Perancis, SCRYsoft dan Dear Villagers akan membawa RPG fantasi, Edge of Eternity ke PS4. Game ini akan mula dikeluarkan secara digital di PlayStation Store pada 5 April ini. Jika anda ingin membeli versi cakera, ianya dirancang untuk keluar Q3 tahun ini. Versi konsol ini akan disertakan dengan semua kemas kini terdahulu daripada versi PC, termasuklah alih suara Jepun yang baru ditambah.

Ikuti Daryon dan Selene dalam pertempuran turn-based epik, di mana mereka berusaha mencari penawar untuk Corrosion dalam kisah penuh harapan dan pengorbanan ini, yang dicipta oleh sekumpulan kecil pencinta JRPG.

Tentang Edge of Eternity

Dalam dunia yang terkoyak, penduduk Heryon meneruskan perang menentang penceroboh misteri. Perang dahsyat yang tidak berkesudahan telah menjerumuskan planet ini ke dalam keadaan di mana konflik menentang sihir dan teknologi telah dilepaskan ke tahap yang paling teruk dan paling gelap.

Kini ancaman yang lebih besar telah muncul: dalam perang yang keji, penceroboh melepaskan Corrosion, penyakit maut yang mengubah semua jenis hidupan menjadi sesuatu yang dahsyat.

Dalam masa-masa terdesak ini, seorang askar muda perlu menghadapi takdirnya dan memulakan perjalanan epik yang akan mengubah nasib Heryon selama-lamanya.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang ada dalam game ini:

  • Sebuah kisah yang mengasyikkan dipenuhi dengan plot twist dan detik-detik yang menyayat hati.
  • Teroka dunia Heryon yang ethereal dan unik, serta bongkarkan rahsia yang terkubur.
  • Selesaikan quest dalam pelbagai cara, buatlah pilihan anda sendiri dan terimalah akibatnya.
  • Pertarungan epik dengan sistem turn-based combat yang unik dan strategik.
  • Kraf dan upgrade gear anda menggunakan kristal hebat untuk membuka kombinasi skill dan power-up yang unik.
  • Watak yang ramai dan berkarisma, setiap daripada mereka mempunyai personaliti dan attribute unik. Temui impian mereka, harapan mereka, dan seksaan mereka semasa anda bersama mereka.
  • Soundtrack mantap memaparkan Yasunori Mitsuda, komposer untuk Chrono Trigger dan Xenoblade Chronicles.
  • Berkawanlah dengan binatang buas tetapi comel.

Jadi, kalau anda tidak berkesempatan untuk bermain game ini di PC, bolehlah main versi baru ini di konsol anda. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Edge Of EternityPS4
Previous Post

Call Of Duty: Warzone/Vanguard – Info lengkap Season 2 Reloaded

Next Post

Fandom kata One Piece bab 1044 mungkin paling epik dalam sejarah

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Fandom kata One Piece bab 1044 mungkin paling epik dalam sejarah

Fandom kata One Piece bab 1044 mungkin paling epik dalam sejarah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd