Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Edens Zero: Pocket Galaxy akan tiba di Android & iOS pada 24 Februari

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2022
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Edens Zero: Pocket Galaxy akan tiba di Android & iOS pada 24 Februari
Share on FacebookShare on Twitter

Game ‘top-down action RPG’ Edens Zero: Pocket Galaxy akan dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 24 Februari, menurut kata Konami. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh mula pra-daftar di peranti pilihan bermula sekarang. Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui halaman web rasmi:

Memperkenalkan game mobile terbaharu daripada Edens Zero karya artis Hiro Mashima yang menghasilkan Fairy Tail dan Rave Master!

Edens Zero: Pocket Galaxy ialah ‘top-down action RPG’ berdasarkan manga fantasi angkasa Edens Zero. Ia mudah untuk dimainkan pada telefon pintar dan membolehkan anda mengawal watak-watak kegemaran!

Ciri-ciri penting

Setia kepada yang asal, tetapi juga mengandungi jalan cerita original! Jalan cerita utama disuarakan sepenuhnya. Alami kisah Hiro Mashima yang penuh dengan animasi kaya. Jangan risau jika masih belum membaca manga atau menonton anime. Dengan bermain game sahaja, korang akan mengalami universe Edens Zero: Pocket Galaxy!

Ambil bahagian dalam pertempuran ‘hack dan slash’ dan alami semula pertempuran dalam siri menggunakan kebolehan Ether Gear. Bina ‘build’ yang ideal, dan ubah suai kemahiran dan peralatan mengikut playstyle yang selesa. Tahap kesukaran misi akan berubah secara mendadak bergantung pada kemahiran dan kombinasi peralatan korang.

Terdapat lebih dari 100 jenis kostum untuk dipakai, termasuk yang dilukis oleh Hiro Mashima sendiri. Peralatan pun adalah lebih 100 jenis yang boleh diperolehi melalui misi. Mengubah penampilan watak memang menyeronokkan, tetapi jangan lupa tentang perubahan pada abiliti peralatan dan jika ia sesuai dengan kemahiran korang.

Bukan itu sahaja, pihak studio anime juga membuat pengumuman di akaun Twitter rasmi bahawa Edens Zero akan mendapat musim kedua! Andai kata berminat, korang boleh tonton musim pertama di Netflix. Musim pertama ditayangkan pada April 2021 dan mempunyai sebanyak 25 episod kesemuanya.

Edens Zero: Pocket Galaxy akan dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play pada 24 Februari.

Pra-daftar di sini
Edens Zero: Pocket Galaxy
Publisher: Konami
Developer: KONAMI
Release Date TBC
Android, iOS
Edens Zero: Pocket Galaxy ialah 'top-down action RPG' berdasarkan manga fantasi angkasa Edens Zero. Ia mudah untuk dimainkan pada telefon pintar dan membolehkan anda mengawal watak-watak kegemaran!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidanimeEdens ZeroiOSMobilePocket Galaxy
Previous Post

Senarai pemenang 2022 Anime Awards – Termasuk anime, watak & pertarungan terbaik

Next Post

“Tidak akan berjaya tanpa bantuan pemain” – Interview Elden Ring

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Tidak akan berjaya tanpa bantuan pemain” – Interview Elden Ring

"Tidak akan berjaya tanpa bantuan pemain" - Interview Elden Ring

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd