Square Enix telah mengumumkan game RPG terbaru untuk siri Mana, Echoes of Mana kini tersedia untuk download di Android dan iOS. Untuk meraikan mereka yang membantu Echoes of Mana mencapai sejuta pra pendaftaran, pemain akan menerima pelbagai item dalam game yang menarik untuk membantu memulakan perjalanan. Berikut adalah item dalam game yang akan diberikan:
- 2,700 Spirit Crystals
- 3★ Primm (Boomerang) ally from Secret of Mana
- 4★ Memory Gem illustrated by HACCAN
- 4★ Knitwit Icon
- 4★ Benevodon Spirit Icon
- 100 Awakening Orbs

Echoes of Mana adalah game RPG percuma yang dibangunkan oleh Wright Flyer Studio (WFS, Inc). Tajuk ini memaparkan cerita original yang menyatukan semua watak dari siri Mana. Korang akan dapat menikmati gameplay aksi yang digemari daripada siri ini dan bertempur dengan rakan melalui mode multiplayer. Berikut adalah ciri-cirinya:
- 2D Action RPG dengan kawalan yang mudah – Pemain boleh ‘swipe’ dan ‘tap’ dengan mudah menggunakan kebolehan dan item untuk menguasai medan perang.
- Jalan cerita baharu yang menampilkan watak-watak daripada game sebelum ini – Dibimbing oleh Dewi Mana, pemain boleh menyaksikan kisah mereka terungkap ke dalam perjalanan merentasi dunia untuk mencari pedang yang memegang kunci bagi menyelamatkan semua orang. Korang boleh bermain dengan watak daripada game sebelum ini dan watak baharu.
- Membentuk pasukan impian – Korang boleh mix dan match watak lama dan asli ke dalam parti, kemudian memimpin pasukan yang sesuai untuk menang dalam pertempuran.
Banyak event yang dilancarkan untuk meraikan kedatangan pemain seperti “Release Celebration” yang menampilkan 4★ “Duran-Thrilling Blade Flash-” dan “-Pride of Amazon- Riesz” serta banyak lagi.
Kepada yang berminat dengan Echoes of Mana, korang boleh download game ini sekarang di Android dan iOS. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Echoes of Mana, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post