Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA umumkan Project Rene – game terbaru The Sims, boleh cross-platform!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 19, 2022
in Artikel, Berita, Game, Genre, Konsol, Origin, PC, Platform, PS4, PS5, Simulator, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA umumkan Project Rene – game terbaru The Sims, boleh cross-platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis Studios, pembangun di sebalik francais The Sims, telah mendedahkan bahawa ia sedang mengusahakan game baru yang dinamakan sebagai Project Rene. Menurut Maxis, projek ini akan menjadi generasi baru untuk The Sims. Game ini akan membawa masuk ciri-ciri baru seperti cross platform, customization perabot yang lebih baik dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, projek ini masih dalam peringkat awal, malah tidak ada nama rasmi lagi. Tetapi pengumuman projek ini memberi jaminan bahawa kita akan dapat merasai pengalaman Sims sebenar.

Info tentang game buat masa ini adalah terhad, tetapi Maxis mendedahkan Project Rene dipilih untuk mengingatkan dengan perkataan seperti kebangkitan dan kelahiran semula demi masa depan The Sims yang cerah.

Menurut Maxis, selain permainan solo, mereka seperti ingin fokus untuk jadikan The Sims kepada game multiplayer dan boleh cross-platform. Perubahan ini akan mengubah cara Sims berkelakuan dan cara pemain berinteraksi di dalam game.

Maxis telah mendedahkan bahawa generasi baru The Sims akan termasuk dengan pilihan penyesuaian yang lebih baik seperti jenis penyesuaian perabot baru. Ini bermaksud korang boleh berinteraksi dengan bahagian perabot secara berasingan, seperti papan kaki katil atau kusyen di atas sofa. Ini membolehkan korang menyesuaikan barangan mengikut kreativiti sendiri.

Walaupun The Sims 4 mempunyai banyak expansion pack dan telah menjadi kejayaan besar untuk EA, mereka tetap terpaksa untuk meninggal game ini kerana EA dan Maxis kini dalam proses untuk membuat game baru.

Sepanjang The Sims 4 dikeluarkan sejak 2014, sebanyak 12 expansion pack telah dikeluarkan untuk menambah ciri baru, seperti haiwan peliharaan di The Sims 4: Cats and Dogs, perayaan bermusim dengan The Sims 4: Seasons dan pengembangan kerjaya dengan The Sims 4: Get To Works.

Buat masa sekarang, masih tiada tarikh untuk pelancaran Project Rene atau dipanggil sebagai The Sims 5. Game ini mungkin tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat tetapi Maxis dan EA masih fokus dengan The Sims 4.

Untuk pengetahuan korang, The Sims 4 kini boleh didapati secara percuma untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Mac atau Windows menerusi Steam dan Origin.

Untuk lebih banyak lagi berita tentang The Sims, boleh tekan pautan ini.

Muat turun disini!!
The Sims 4
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
The Sims 4 ialah game life-simulation, di mana pemain mencipta seorang Sim dan mengawal kehidupannya yang berubah-ubah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Electronic ArtsMaxis Studiothe simsthe sims 4
Previous Post

Xbox Game Pass tambah A Plague Tale: Requiem, Persona 5 Royal & banyak lagi untuk Oktober 2022!

Next Post

Jom Kenali Pochita, Si Chainsaw Devil Comel! Ketahui Sebab Dia Diburu!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jom Kenali Pochita, Si Chainsaw Devil Comel! Ketahui Sebab Dia Diburu!

Jom Kenali Pochita, Si Chainsaw Devil Comel! Ketahui Sebab Dia Diburu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd