Berikutan pendedahan rasmi EA SPORTS WRC pada beberapa minggu lepas, EA telah mengumumkan butiran lanjut tentang gameplay dan mekanik yang pemain boleh jangkakan apabila game itu dikeluarkan pada 3 November untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui EA App, Epic Store dan PC melalui Steam.
Maklumat terbaru tentang EA SPORTS WRC telah didedahkan melalui video Deep Dive yang anda boleh tonton di bawah:
Secara am, ia memfokuskan pada tiga bahagian utama: gameplay, handling dan keaslian (autentik). Ross Gowing selaku Pengarah Kreatif kKanan di EA Sports WRC, dan pemandu Rally dunia sebenar Game Designer John Armstrong menjelaskan semuanya.
Legasi dan Pengalaman

EA SPORTS WRC dibina di atas asas legasi permainan video lumba off-road selama lebih 25 tahun daripada studio Codemasters. Game Rally mereka sebelum ini, DIRT Rally 2.0, telah membuka jalan bagi generasi game Rally baharu yang berjalan di Unreal Engine.
Beralih ke Unreal Engine telah memberikan pasukan kebebasan yang lebih besar untuk mencipta peringkat Rally terbesar dalam sejarah Codemasters, dengan litar terpanjang menjangkau lebih 30km – kira-kira dua kali lebih panjang daripada yang dilihat dalam game sebelum. Secara keseluruhan, EA SPORTS WRC menampilkan lebih 600km jalan unik, hampir dua kali ganda daripada yang ada dalam DiRT Rally 2.0.
Realism Lebih Tinggi

EA SPORTS WRC menampilkan lebih 200 peringkat merentasi 17 lokasi WRC dunia sebenar, untuk mencerminkan kalendar WRC.
Lokasi ke-18 – Rally Eropah Tengah – yang pertama kali disertai dalam sukan ini, akan datang kemudian dengan kemas kini percuma selepas pelancaran. Lokasi yang ditampilkan dalam game adalah antara yang paling realistik pernah dibina oleh pasukan Codemasters, di mana setiap lokasi memaparkan replika jalan sebenar.
Sebagai contoh, Col de Turini di Monte Carlo Rally telah direplikasi secara rumit dalam game, begitu juga dengan El Chocolate ikonik México Rally, Fafe Rally di Portugal dan banyak lagi.
Jumlah dan Jenis Kenderaan

Dengan lebih 70 kereta lumba dalam game semasa pelancaran, pemain mempunyai pelbagai pilihan untuk Rally dalam EA SPORTS WRC. Dari musim 2023, 10 kereta WRC, WRC 2 dan Junior WRC diwakili. Dari tahun-tahun sebelum, 60 tahun sukan Rally telah dimasukkan; daripada kenderaan dua roda yang simple hingga ke era Kumpulan B yang kejam – 18 kelas akan tampil.
- WRC Car List
- Ford Puma Rally1 HYBRID
- Hyundai i20 N Rally1 HYBRID
- Toyota GR Yaris Rally1 HYBRID
- WRC2 * Cars
- Citroën C3 Rally2
- Ford Fiesta Rally2
- Hyundai i20 N Rally2
- ŠKODA Fabia Rally2 Evo
- ŠKODA Fabia RS Rally2
- Volkswagen Polo GTI R5
- Junior WRC
- Ford Fies ta Rally3
- World Rally Cars 2017-2021
- Ford Fiesta WRC
- Volkswagen Polo 2017
- World Rally Cars 1997-2011
- Citroën C4 WRC
- Citroën Xsara WRC
- Ford Focus RS Rally 2001
- Ford Focus RS Rally 2008
- MINI Countryman Rally Edition
- Mitsubishi Lancer Evolution VI
- Peugeot 206 Rally
- Seat Córdoba WRC
- ŠKODA Fabia WRC
- SUBARU Impreza 1998
- SUBARU Impreza 2001
- SUBARU Impreza 2008
- Rally2 *
- Ford Fiesta R5 MK7 Evo 2
- Peugeot 208 T16 R5
- Rally4 Cars
- Ford Fiesta MK8 Rally4
- Opel Adam R2
- Peugeot 208 Rally4
- Renault Twingo II
- NR4/R4
- McRae R4
- Mitsubishi Lancer Evolution X
- SUBARU WRX STI NR4
- S2000
- Fiat Grande Punto Abarth S2000
- Opel Corsa S2000
- Peugeot 207 S2000
- S1600
- Citroën C2 Super 1600
- Citroën Saxo Super 1600
- Ford Puma S1600
- Renault Clio S1600
- F2 Kit Cars
- Ford Escort Mk 6 Maxi
- Peugeot 306 Maxi
- Renault Maxi Mégane
- Seat Ibiza Kit Car
- Vauxhall Astra Rally Car
- Volkswagen Golf IV Kit Car
- Group A
- Ford Escort RS Cosworth
- Lancia Delta HF Integrale
- Mitsubishi Galant VR4
- SUBARU Impreza 1995
- SUBARU Legacy RS
- Group B (4WD) Car List
- Audi Sport quattro S1 (E2)
- Ford RS200
- Lancia Delta S4
- MG Metro 6R4
- Peugeot 205 T16 Evo 2
- Group B (RWD)
- BMW M1 Procar Rally
- Lancia 037 Evo 2
- Opel Manta 400
- Porsche 911 SC RS
- H3 (RWD)
- BMW M3 Evo Rally
- Ford Escort MK2 McRae Motorsport
- Ford Sierra Cosworth RS500
- Lancia Stratos
- Opel Ascona 400
- Renault 5 Turbo
- H2 (RWD)
- Alpine Renault A110 1600 S
- Fiat 131 Abarth Rally
- Ford Escort MK2
- Hillman Avenger
- Opel Kadett C GT/E
- Talbot Sunbeam Lotus
- H2 (FWD)
- Peugeot 205 GTI
- Peugeot 309 GTI
- Volkswagen Golf GTI
- H1 (FWD)
- Lancia Fulvia HF
- MINI Cooper S
- Vauxhall Nova Sport
- Builder Cars
- WRC Builder Car
- WRC2 Builder Car *
- Junior WRC Builder Car
Keaslian Sukan Rally

Kereta Rally1 2023 menampilkan sistem hibrid yang kompleks dalam game, sama seperti dalam sukan sebenar. Pemain akan ditugaskan untuk mengecas bateri dengan membrek kuat ke selekoh, dan memilih masa untuk menggunakan kuasa tambahan itu untuk lebih kelajuan dengan menggunakan pendikit.
Melaraskan tingkah laku sistem hibrid ini dan mencari keseimbangan yang sesuai untuk setiap peringkat akan menjadi kunci kejayaan. Sama ada memilih strategi berkuasa tinggi agresif yang menghabiskan bateri dengan lebih cepat atau pendekatan yang lebih berhati-hati dengan kos kelajuan tertinggi, ini adalah keputusan yang perlu dibuat sebelum setiap peringkat Rally.
Sistem Dynamic Handling

Sistem Dynamic Handling dalam EA SPORTS WRC memberikan pengalaman pemanduan yang tulen merentasi semua bentuk rupa bumi.
Menggunakan sistem handling daripada DiRT Rally 2.0 sebagai asas, penambahbaikan telah dibuat pada pengendalian tarmac, maklum balas daya, simulasi aerodinamik, pacuan inersia, brek progresif dan banyak lagi.
Menggabungkan maklum balas daripada pemandu Rally profesional seperti pereka game dan juara European Rally Championship sebanyak 3 Jon Armstrong, pasukan telah menghasilkan model handling sebenar yang akan disukai oleh pemain berpengalaman.
Alat Pemanduan

Bagi pemain yang tidak biasa dengan Rally tetapi masih mahu terlibat dalam sukan ini melalui EA SPORTS WRC, sistem Dynamic Handling ditambah dengan set alatan dan pilihan untuk memberikan pengalaman memandu yang sepadan dengan tahap kemahiran pemain.
Pada masa yang sama, ciri bantuan lain seperti brek anti kunci dan kawalan cengkaman, disertakan dengan pilihan antara dua sistem pacu yang berbeza.
Dalam dunia sebenar, pemandu menggunakan bahasa kod yang kompleks untuk menerangkan jalan di hadapan dengan tepat. Walaupun ini dicipta semula dengan autentik dalam game, sistem pacu yang dipermudahkan boleh menerangkan bahasa kompleks Rally kepada istilah mudah yang boleh difahami oleh semua pemain.
Selain itu, EA SPORTS WRC mengekalkan pengalaman pemanduan DiRT Rally 2.0 yang mencabar namun mudah didekati, di mana pemain jenis gamepad dan pemain jenis keyboard boleh berasa yakin di litar seperti mereka yang mempunyai setup simulator (sekali stereng dan pedal) paling mahal.
Bertarung dengan Cuaca

Dengan perbezaan mekanikal dan fizikal yang ketara antara pelbagai kelas Rally, setiap kereta berkelakuan berbeza. Semua kereta moden Rally1 dan Rally2 sangat canggih, dan mempunyai gaya tersendiri berbanding kereta serupa dari era Group A dan Group B.
Buat pertama kali dalam sejarah sukan Rally Codemasters, pemain akan berlumba merentasi Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk. Pelbagai iklim dan keadaan cuaca memperkenalkan cabaran yang unik. Memandu melalui litar Musim Panas yang bahang akan terasa sangat berbeza daripada berlumba di jalan yang sama pada Musim Sejuk yang basah dan bersalji.
Penambahbaikan Audio

Audio memainkan faktor yang besar dalam keaslian di mana bahagian ini telah ditala secara khusus oleh pasukan audio Codemasters. Pemandu akan mendengar setiap hentakan, calar, penukaran gear, dan deruman enjin. Rakaman dunia sebenar berkualiti tinggi bagi kereta Rally moden dan bersejarah ditambah dengan teknologi audio yang dipertingkatkan, untuk membantu menyelami pemain dalam persekitaran.
Untuk meningkatkan pengalaman ini semasa perlumbaan peringkat, co-driver dan ketua jurutera akan membimbing pemain sepanjang masa, menawarkan pandangan dan bimbingan berharga. Co-driver akan merekodkan nota mereka di studio Codemasters, supaya suara mereka tepat mewakili perasaan berada di dalam kereta Rally sebenar. Selain itu, antara acara, nama-nama terkenal dalam WRC akan menganalisis persembahan di atas litar seperti dalam siaran WRC sebenar.
Tersedia untuk Pre-Order Sekarang
EA SPORTS WRC akan dilancarkan pada 3 November 2023 di PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App).
Sesiapa yang pre-order EA SPORTS WRC akan menerima setiap satu daripada lima VIP Rally Pass yang mengandungi kandungan tambahan selepas pelancaran, serta tiga vanity pack yang terdiri daripada livery apparel, dan tiga hari akses awal kepada game bermula 31 Oktober 2023.
Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post