EA SPORTS FC telah penghormatan kepada salah satu legenda bola sepak terhebat dengan membawa kembali Diego Maradona ke dalam game.
Dalam EA SPORTS FC 25 dan Football Ultimate Team (FUT), Maradona kembali sebagai ICON serta edisi khas Grassroots Great, membolehkan pemain menghidupkan semula perjalanan luar biasanya daripada permulaan yang sederhana hingga menjadi bintang global.
Pengaruh Maradona dalam bola sepak tidak dapat disangkal. Dari kehangatan La Bombonera hingga ke kemegahan Stadio Diego Armando Maradona di Napoli, kariernya diwarnai dengan jaringan luar biasa, deretan trofi, dan bakat semula jadi yang tiada tandingan.
Sebagai pemain yang memulakan karier di kelab tempatan sebelum menggegarkan pentas dunia, Maradona melambangkan semangat Grassroots Greats—mereka yang mencapai kegemilangan bermula dari akar umbi.

Dari 14 Februari hingga 14 Mac, pemain FUT boleh log masuk dan menuntut item Maradona dengan rating 77 OVR secara percuma—nombor yang memperingati debut antarabangsa beliau pada usia 16 tahun menentang Hungary pada 27 Februari 1977, hanya beberapa bulan selepas penampilan profesionalnya bersama Argentinos Juniors.
Item 77 OVR ini tidak statik—melalui Diego’s Dream Evolution, pemain boleh menaik taraf Maradona sehingga 89 OVR dengan memilih salah satu daripada tiga laluan evolusi berikut:
- Creative CAM: Tingkatkan keupayaannya dalam mengawal permainan dengan hantaran tajam dan gerakan kreatif.
- Unstoppable ST: Ubah Maradona menjadi penjaring prolifik yang mampu melepaskan rembatan kencang dengan Powershot+ Playstyle.
- Tricky Winger: Asah kehebatannya sebagai pemain sayap yang lincah, memecah pertahanan dengan kawalan bola yang hebat.

Bagi mereka yang ingin membawa kehebatan Maradona ke tahap lebih tinggi, pilihan ‘El Pibe de Oro’ Evolution turut tersedia sebagai kandungan berbayar, yang akan menaik tarafnya kepada 92 OVR dengan Finesse Shot+ Playstyle serta pelbagai peningkatan tambahan.

Pemain EA SPORTS FC kini berpeluang menambah salah satu legenda bola sepak terhebat ke dalam skuad impian mereka. Selain versi ICON Maradona, edisi khas Grassroots Greats dengan rating 96 OVR juga akan tersedia dalam pek dari 14 hingga 21 Februari. Selepas tempoh ini, versi ICON asas Maradona akan muncul dalam pek FUT.
EA SPORTS FC 25 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch, serta melalui EA Play. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post