Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[EA Play 21] GRID Legends diumumkan untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[EA Play 21] GRID Legends diumumkan untuk PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Electronic Arts dan pemaju Codemasters telah mengumumkan GRID Legends untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia akan dilancarkan pada tahun 2022. Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, menurut Electronic Arts:

GRID Legends adalah pengalaman memandu bertaraf tinggi yang menggabungkan aksi sukan permotoran yang mendebarkan, variasi perlumbaan yang luar biasa dan memaparkan kisah yang imersif. Permainan ini juga mempunyai ‘race creator’ yang membolehkan pemain memilih pelbagai kereta daripada pelbagai kelas untuk bersaing di macam-macam litar, termasuk bandar seperti London dan Moscow.

GRID World Series juga kembali dan kali ini tampil dalam gaya dokumentari yang menceritakan setiap momen di dalam dan di luar litar. Pemandu akan menghadapi persaingan yang sengit, isu dalam pasukan dan pasukan Ravenwest Motorsport terkenal, yang berharap dapat merangkul gelaran juara World Championship buat kali keenam. Dibangunkan menggunakan produksi maya inovatif, yang mendekatkan pemain dengan aksi, kisah ‘underdog’ ini menampilkan senarai pelakon yang hebat, termasuk pelakon Britain -Ncuti Gatwa.

GRID Legends menyampaikan drama di setiap babak. Personaliti AI yang unik mencipta perlumbaan yang sukar untuk diramalkan ketika semua bersaing untuk tempat pertama. Dengan lebih dari 130 litar, termasuk litar berdasarkan dunia sebenar seperti Brands Hatch dan Indianapolis, ke litar di bandar ikonik seperti San Francisco, Paris, dan banyak lagi. Berlumba dan naik taraf lebih dari 100 kereta. Dengan ciri ‘race creator’, pemain dapat menggunakan kereta pilihan di litar sendiri dan bertarung secara dalam talian.

Sekali lagi saya ingatkan. GRID Legends akan keluar di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang EA Play Live 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – EA

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: codemastersEA Play Live 2021Electronic ArtsGRID Legends
Previous Post

Aloy Horizon Zero Dawns nampaknya akan ke Genshin Impact!!

Next Post

[EA Play 21] Trailer baru Apex Legends: Emergence mendedahkan hero baru Seer yang bakal tiba 3 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[EA Play 21] Trailer baru Apex Legends: Emergence mendedahkan hero baru Seer yang bakal tiba 3 Ogos ini!

[EA Play 21] Trailer baru Apex Legends: Emergence mendedahkan hero baru Seer yang bakal tiba 3 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd