Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA & KOEI TECMO umumkan Wild Hearts, bakal tiba pada 17 Februari 2023!

safwan by safwan
September 28, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Baru, Hunting, Origin, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
EA & KOEI TECMO umumkan Wild Hearts, bakal tiba pada 17 Februari 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan oleh Electronic Art Inc. (EA) dan KOEI TECMO, Wild Hearts akan dilancarkan pada 17 Februari 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Origin, Steam dan juga Epic Game Store.

Dibangunkan oleh Omega Force, pemain akan mengalami pengembaraan epik yang berdasarkan dunia fantasi Jepun. Di sana, pemain akan berlawan dengan raksasa besar yang dipanggil Kemono. Namun, anda tidak akan berlawan keseorangan kerana terdapat teknologi purba yang hilang akan membantu anda semasa dalam perlawanan yang bernama Karakuri.

Begitu juga dengan Kemono, dia tidak akan membiarkan anda dan Karakuri berlawan dalam perlawanan yang tidak adil. Jadi, dia mempunyai kuasa untuk manipulasi persekitaran termasuk haiwan. Contohnya, Kemono mempunyai kuasa untuk menukar tupai kepada Kingtusk, seekor raksasa besar.

Wild Hearts boleh dimainkan secara co-op bersama dua rakan lain. Bukan setakat itu sahaja, game ini juga membenarkan cross-platform. Tidak kisah sama ada anda bermain di PC atau Xbox dan kawan pula di PlayStation, boleh sahaja ajak kawan untuk bermain sama-sama.

Game ini akan menyediakan pengalihan suara sehingga 6 bahasa termasuk bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Itali, Jerman dan juga Sepanyol. Memang banyak tapi saya tahu, ramai yang akan menggunakan bahasa Jepun untuk mendapatkan menikmati game ini secara mendalam. Lagi-lagi dengan dunia yang bertemakan fantasi Jepun, sudah pasti ia akan rasa lebih seronok.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa Wild Hearts adalah game hunting ala-ala Monster Hunter dan bakal dilancarkan pada 17 Februari 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Origin, Steam dan juga Epic Game Store. Apapun layan dulu trailer pertama game ini di bawah:

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Wild Hearts
Previous Post

Senarai peristiwa besar dalam One Piece Film RED — AMARAN SPOILER!

Next Post

Armed Fantasia & Penny Blood capai fasa akhir Kickstarter, dua JRPG bakal masuki pasaran!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Armed Fantasia & Penny Blood capai fasa akhir Kickstarter, dua JRPG bakal masuki pasaran!

Armed Fantasia & Penny Blood capai fasa akhir Kickstarter, dua JRPG bakal masuki pasaran!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd