Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA disaman kerana isu “skrip transaksi mikro” di FIFA 21!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2020 - Updated on January 10, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Sukan/lumba
0 0
0
EA disaman kerana isu “skrip transaksi mikro” di FIFA 21!
Share on FacebookShare on Twitter

EA kini menghadapi masalah besar selepas dikenakan tuntutan mahkamah kerana skrip di FIFA 21. Tiga pemain, Pranko Lozano, Jason Zajnoc, dan Daniel Williams, telah menuduh EA Sports menggunakan “cara menipu” untuk mendorong pembelian dalam mod FUT.

Ramai pengguna sudah menggadu tentang etika, penggunaan, dan kesahihan sistem kad EA Sports untuk FIFA 21 dan tuntutan itu berpendapat bahawa FIFA membuat pemain mengejar koleksi kad Ultimate Team dengan mengubah kesukaran pada waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh, kesukaran untuk sejenis cabaran mungkin akan meningkat secara drastik. Cara-cara untuk mengembalikannya kepada keadaan biasa adalah untuk membeli beberapa pek FUT bagi mengatasi halangan itu.

Antara kandungan yang dinyatakan dalam tuntutan adalah:

“Tidak diketahui oleh kebanyakan orang … EA menggunakan teknologi seperti ‘Dynamic Difficulty Adjustment’ dan ‘Adaptive Difficulty.’ Teknologi-teknologi ini menggunakan ramalan dan intervensi heuristik untuk menentukan atau mempengaruhi hasil, lalu membuat pemain lebih terlibat.”

“Ini [memicu] kitaran yang berterusan dan memimpin mereka untuk membeli pek pemain tambahan dengan harapan dapat menerima pemain yang lebih baik dan menjadi lebih kompetitif.”

Fitur Dynamic Difficulty Adjustment dan Adaptive Difficulty sebenarnya mendorong pemain ke arah pembelian. Seperti mana-mana permainan, nilai untuk ciri-ciri yang berbeza seperti menyerang, menghantar bola, dan kelajuan adalah berbeza tetapi boleh meningkat mengikut fitur di atas.

EA berpendapat bahawa aduan seperti ini boleh menyebabkan salah faham untuk perniagaan mereka tetapi malangnya, isu ini sudah lama dipersoalkan. Selain itu, EA telah melaporkan rekod pendapatan $1 bilion untuk transaksi mikro pada tahun selepas. Nilai ini sebenarnya adalah nombor yang terlalu tinggi untuk pembelian digital. Berpunca daripada itu, negara-negara lain seperti Belanda dan Perancis telah mula memerangi EA. Itu sahaja maklumat yang saya tahu. Apa-apa kemas kini, akan saya laporkan di sini.

Sumber – Zajonc v. Electronic Arts

Muat turun di sini
FIFA 21
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date: 2020-10-09
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
FIFA 21 adalah permainan simulasi bola sepak yang diterbitkan oleh Electronic Arts sebagai sebahagian daripada siri FIFA. Ini adalah ansuran ke-28 dalam siri FIFA, dan dilancarkan pada 9 Oktober 2020 untuk Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Xbox One. Versi yang ditambahbaik untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X dan Series S dikeluarkan pada 3 Disember 2020.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Adaptive DifficultyDynamic Difficulty Adjustmenteaea sportsfifaFIFA 21
Previous Post

Taipei Game Show Melancarkan Finalis Indie Game Award 2021

Next Post

Cristiano Ronaldo nampaknya akan menjadi watak di Free Fire! Wow! 

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cristiano Ronaldo nampaknya akan menjadi watak di Free Fire! Wow! 

Cristiano Ronaldo nampaknya akan menjadi watak di Free Fire! Wow! 

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd