Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA berminat untuk menukar nama permainan “FIFA” selepas pelancaran sukses FIFA 22!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 7, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA berminat untuk menukar nama permainan “FIFA” selepas pelancaran sukses FIFA 22!
0
SHARES
208
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts Inc. hari ini mengucapkan terima kasih kepada komuniti bola sepak global menerusi catatan blog dari Cam Weber selaku Pengurus Besar EA SPORTS Group. Di dalam pernyataan rasmi, Electronic Arts memberitahu bahawa pelancaran FIFA 22 telah berjaya memecahkan rekod yang besar untuk francais serta menjelaskan yang EA sedang berminat untuk menukar nama permainan “FIFA” demi masa depan siri ini.

Sejak dilancarkan, sebanyak 9.1 juta pemain telah bermain FIFA 22, sebanyak 7.6 juta pasukan Ultimate Team telah dibuat dan sebanyak 460 juta perlawanan telah dimainkan. EA berjanji akan terus memberikan pengalaman yang luar biasa sepanjang musim, tetapi pertama sekali ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada komuniti peminat bola sepak yang luar biasa.

Kami di sini untuk mencipta pengalaman terbaik untuk peminat bola sepak di mana sahaja. Untuk melakukan itu, kita mulakan dengan mendengar pemain. Kami mendengar secara konsisten, bahawa yang paling penting adalah mengembangkan komuniti global, mencipta pengalaman bola sepak yang inovatif di platform baru, komitmen terhadap setiap peringkat sukan termasuk asasnya, dan mempercepatkan peningkatan permainan wanita. Hasilnya, kami mempunyai visi yang jelas untuk masa depan bola sepak.

Permainan kami adalah satu-satunya tempat yang anda boleh bermain secara sah dalam Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa UEFA, Libertadores CONMEBOL, Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, dan LaLiga Santander, antara lain. Dengan luasnya rakan perkongsian dan ekosistem kandungan berlesen kami, ini membolehkan kami terus membawa keaslian yang tiada tandingan dalam permainan bola sepak EA SPORTS, sekarang dan selama bertahun-tahun akan datang.

Sambil memikirkan tentang masa depan, EA juga meneroka idea untuk “menukar nama permainan bola sepak FIFA”. Ini bermakna mereka sedang meninjau peluang untuk perjanjian hak penamaan dengan jenama global FIFA, yang merupakan organisasi lain. Buat masa ini, prospek FIFA (versi game ya, bukan organisasi global) menukar nama masih hanya satu idea, tetapi nampaknya sedang mengikuti jejak langkah eFootball (yang dahulu dikenali sebagai Pro Evolution Soccer).

Masa depan permainan video bola sepak masih besar dan sangat cerah. Untuk memastikan mereka terus memberikan pengalaman bola sepak interaktif paling terhebat di dunia, harapkan lagi banyak perubahan besar kepada FIFA 23 dan entri-entri seterusnya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang FIFA 22 termasuk review saya, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakElectronic ArtsfifaFIFA 22
Previous Post

10 game retro popular yang masih dimainkan sehingga kini!

Next Post

Nak main game mobile baru? Ini 5 game mobile Anime gempak yang anda boleh cuba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Nak main game mobile baru? Ini 5 game mobile Anime gempak yang anda boleh cuba!

Nak main game mobile baru? Ini 5 game mobile Anime gempak yang anda boleh cuba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd