Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

E3 Demo Anthem 2017 sebenarnya palsu dan pembangunannya dibuat secara terburu-buru!

BioWare mengulangi kesilapannya lagi.

Wakambing by Wakambing
April 3, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
E3 Demo Anthem 2017 sebenarnya palsu dan pembangunannya dibuat secara terburu-buru!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau korang pernah lihat demo untuk Anthem pada tahun 2017, tidak dinafikan ramai peminat yang mengatakan gameplay tersebut sangat realistik dan menarik, yang membuatkan ramai ingin membelinya. Namun seperti demo-demo E3 yang lain, ianya hanya indah khabar dari rupa. Dengan kritikan yang diberi selepas keluaran game itu, ianya tidaklah memberansangkan dengan hanya 59/100 dari Metacritic, yang bermaksud game itu biasa-biasa sahaja. Walaupun kritikan yang diberi tidaklah teruk, apa yang berlaku di sebalik tabir amatlah berbeza. Pembangunan Anthem sebenarnya dihasilkan secara terburu-buru dalam tempoh hanya 18 bulan! 

Pemain berkata game ini berasa sangat repetitif, buggy dan ganjaran yang diberikan selepas berjam-jam grinding, tidak mencukupi. Sehingga hari ini, masih ramai yang mengadu tentang sistem loot, glitch dan design keseluruhan. Menurut laporan dari Kotaku, Jason Schreier telah menemuduga 19 orang yang bekerja untuk game Anthem dan sumber mereka dirahsiakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap mengenai game tersebut. Berdasarkan laporan itu, beberapa persoalan tentang mengapa game ini hanyalah “biasa-biasa saja” dapat dirungkai setelah dihubungkaitkan dengan pembangunannya di sebalik tabir.

Sumber: Anthem

Secara teknikal, Anthem sebenarnya dalam pembangunan hampir lebih dari 6 tahun, tetapi realitinya, game itu baru dihasilkan pada 18 bulan yang akhir. Banyak masalah dengan pembangunan Anthem ini berasal dari:

  • Visi untuk game tidak tetap dan kekurangan idea

Idea awal untuk Anthem dibuat dengan cita-cita yang tinggi tetapi ianya kerap berubah secara berterusan, menurut orang dalam untuk projek itu. Semasa proses “perkongsian idea”, tiada siapa yang tahu apakah arah tujuan sebenar untuk game itu, mereka hanya ingin melihat apa yang cool untuk game itu. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan satu online action game, di mana pemain boleh bermain dengan rakan-rakan mereka dan ia mesti berbeza dari Mass Effect serta Dragon Age. Developer Anthem telah menghasilkan beberapa jenis prototaip seperti cuaca dinamik dan makhluk gergasi.

Apa yang tidak jelas semasa proses ini adalah berapa banyak idea dan prototaip yang diberikan boleh berfungsi pada skala besar? Persekitaran dinamik dan makhluk gergasi mungkin berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang terkawal, tetapi adakah pembangun Anthem benar-benar dapat membuat ciri-ciri tersebut berfungsi dalam permainan dalam talian, dunia terbuka yang dimainkan oleh beribu-ribu orang? Malah salah satu developer untuk Anthem berkata:

 “Sebab utama semua ini adalah kurangnya visi.  Apa yang kita sedang buat? Sila beritahu kami. Tema berulang itu tidak ada visi, tidak ada penjelasan, tidak ada pengarah tunggal untuk memberikan arahan.”

Sumber: Press-start.com.au (Casey Hudson)
  • Perubahan kepemimpinan

Pada tahun 2014, ketika mereka masih meneruskan prototaip untuk permainan tersebut, mereka kehilangan pemimpin mereka. Casey Hudson, yang telah mengarahkan trilogi Mass Effect dan sepatutnya menjadi pengarah kreatif di Anthem, telah keluar dari syarikat tersebut. Bukan itu sahaja, beberapa penulis jalan cerita untuk Anthem juga meninggalkan studio BioWare yang menyebabkan mereka terpaksa bermula daripada awal untuk pembangunan Anthem. Apabila progress diteruskan, ia jelas bahawa beberapa idea asal pasukan Anthem sama ada tidak akan berfungsi atau tidak cukup kukuh untuk dilaksanakan

  • Perbalahan dengan enjin Frostbite

Frostbite adalah enjin untuk permainan video di mana mereka menolong BioWare untuk membangunkan game terbaru mereka iaitu Anthem. Namun, ramai yang bekerja di BioWare mempunyai aduan dengan Frostbite. Frostbite terkenal dengan pembangunan game seperti Battlefield, iaitu FPS (First-person-shooters) yang bermaksud kesemua ciri-ciri enjin tersebut dibina khas untuk FPS. Jadi, apabila mereka ditugaskan dengan Anthem yang inginkan TPS (Third-person-shooters), ini menyebabkan berlakunya masalah dan perbalahan antara developers kerana mereka mengatakan Frostbite mengambil lebih masa daripada yang mereka perlukan.

  • Demo palsu

Krisis Anthem sangatlah parah sehingga BioWare tidak pasti apa sebenarnya permainan yang akan dimasukkan ke dalam demo Anthem E3 2017. Asas untuk demo itu telah dicampur bersama dalam usaha untuk memuaskan eksekutif EA Patrick Soderlund, yang tidak setuju dengan demo Anthem BioWare pertama yang dibawakan kepadanya. Demo baru ini menambah mekanik terbang kembali ke dalam permainan itu selepas ia dibuang beberapa kali, dan BioWare tidak pasti jika ia akan dihasilkan sebagai produk akhir. Soderlund kagum dengan demo kedua ini, dan BioWare menggunakannya untuk membuat demo E3 2017, yang kebanyakannya adalah palsu dan tidak mewakili game sebenar yang sedang dalam proses pembangunan.

  • Reaksi BioWare

Berdasarkan laporan ini, jelas terbukti walaupun selepas beberapa kritikan yang diberikan tentang game ini hanyalah “biasa-biasa sahaja”, di sebalik tabir pembangunannya adalah satu tragedi. Namun, BioWare membidas artikel dari Kotaku dengan mengatakan:

“Kami tidak nampak nilai dalam menjatuhkan satu sama lain, mahupun kerja orang lain. Kami tidak percaya artikel di luar sana yang menjadikan industri dan kraf lebih baik.”

Ini bermaksud BioWare meletakkan diri mereka dalam pendirian defensif, dan tidak menyokong segala maklumat yang diberikan oleh Jason Schreier. Kata mereka, segala kerja dan usaha yang diberikan dalam pembangunan game Anthem sangatlah susah, tetapi ianya membuahkan hasil.

“Orang dalam industri ini meletakkan semangat dan tenaga yang banyak untuk membuat sesuatu yang menyeronokkan.”

The more I reread and think about this BioWare response, the more I'm amazed by how cowardly it is. Written before they even read the article, attacking a journalist for reporting the truth about a company in crisis… It's almost hard to believe.

— Jason Schreier (@jasonschreier) April 2, 2019

Berbeza pula pendapat dengan Jason yang mengatakan ramai pekerja di BioWare yang mempunyai tekanan stress yang tinggi serta meninggalkan syarikat tersebut kerana persekitarannya yang membebankan. Tambahan lagi, BioWare memberikan respons dalam masa yang sangat singkat sehingga dikatakan tidak membaca laporan penuh dari beliau.

Nampaknya, BioWare tahu dan sedar akan masalah yang mereka hadapi, namun masih menutup mata dan berada dalam mode defensif. Jika benar laporan penuh yang dibuat oleh Jason Schreier itu, mereka sepatutnya belajar dari kesilapan dan berubah untuk menjadi lebih baik. Dengan situasi seperti, kedua-dua pihak tidak mahu mengalah dan pemain yang akan menerima akibatnya. Apa-apa pun, kita hanya boleh harapkan agar BioWare mengelakkan daripada isu-isu seperti ini berlaku lagi dan segera mengakui akan kesilapan mereka. Anthem kini keluar untuk PC, PS4, dan Xbox One.

Sumber: Kotaku dan BioWare

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: anthemDemoE3kotakupalsuPCPS4Xbox One
Previous Post

Imej controller PS5 dan Dev Kit bocor online di Twitter! Benar atau tidak?

Next Post

Pemain LoL terkenal, ‘Faker’ tersenarai dalam Forbes Asia bawah 30 tahun!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pemain LoL terkenal, ‘Faker’ tersenarai dalam Forbes Asia bawah 30 tahun!

Pemain LoL terkenal, 'Faker' tersenarai dalam Forbes Asia bawah 30 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd