Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[E3 2021] Gameplay baru Life is Strange: True Colors fokus pada kuasa supernatural dan perubahan naratif!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 14, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Drama, Pameran/Expo, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[E3 2021] Gameplay baru Life is Strange: True Colors fokus pada kuasa supernatural dan perubahan naratif!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah menampilkan gameplay baru untuk Life is Strange: True Colors semasa acara Square Enix E3 2021 hari ini, yang memberikan lebih banyak info tentang kuasa supernatural Alex Chen dan apakah akibatnya jika disalahgunakan.

Gameplay berdurasi empat minit ini dijelaskan oleh Zak Garriss dari Deck Nine Games, yang memberitahu bahawa abiliti Alex membolehkan dia membaca perasaan orang lain. Seperti yang kita lihat dalam adegan permulaan, Alex menganggap kuasa ini sebagai sumpahan. Namun, kuasa itu jugalah yang akan menjadi satu bahagian yang penting semasa kita menyiasat kematian abangnya.

Pemain akan dapat melihat ke dalam minda watak-watak lain, di mana kuasa ini mendedahkan banyak rahsia tersembunyi untuk membantu dalam kes menyiasat. Perkara ini juga akan membawa kepada beberapa keputusan besar. Salah satu adegan dalam trailer di atas menunjukkan bahawa Alex harus membuat keputusan sama ada untuk mendedahkan rahsia gelap kepada teman wanita bagi watak lain atau tidak. Sama seperti permainan sebelum, ini akan menjadi sebahagian besar dalam permainan yang mampu mengubah naratif cerita.

Alex juga memiliki abiliti untuk melepaskan “nova” ketika menyelami kepala seseorang yang dipenuhi oleh emosi kuat. Ini membolehkan dia untuk memvisualisasikan masalah mereka dan secara fizikal memasuki ruang watak tersebut.

Bersama gameplay True Colors, pemain dapat mengalami semula Life is Strange dan prekuelnya, Life is Strange: Before the Storm, dalam sebuah koleksi remaster yang bakal dilancarkan pada 30 September. Koleksi ini menampilkan animasi baru untuk watak, lakonan “motion-captured”, dan pencahayaan yang lebih baik. Life is Strange: The Remastered Collection juga mengeluarkan trailer di acara sama, yang menjelaskan rumusan jalan cerita dan peningkatan teknikal.

Life is Strange: True Colors akan keluar pada 10 September untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.

Sumber – Square Enix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E3GameplayLife is Strange: The Remastered CollectionLife is Strange: True ColorsPCPS4ps5square enixxbox
Previous Post

[E3 2021] Babylon’s Fall membuka ujian beta untuk PC, PS4 & PS5!

Next Post

[E3 2021] Instinction didedahakn semasa acara Future Game Show!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
[E3 2021] Instinction didedahakn semasa acara Future Game Show!

[E3 2021] Instinction didedahakn semasa acara Future Game Show!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd