DLC Black Panther – War for Wakanda untuk Marvel’s Avengers telah didedahkan beberapa bulan lepas. Seperti yang dijanjikan, acara Square Enix E3 2021 telah memberikan pandangan pertama yang lebih intim untuk expansion terbaru ini. War for Wakanda nampaknya akan penuh dengan kandungan baru di mana DLC akan menawarkan pahlawan baru, pakaian baru, peningkatan “power cap”, penjahat baru, cerita baru, persekitaran Wakanda, dan lebih banyak lagi pakaian yang diilhamkan oleh MCU.
Trailer sinematik War for Wakanda memberikan pandangan pertama yang mengagumkan pada reka bentuk wira dan dunia Wakanda, tetapi tidak menjelaskan info lanjut tentang gameplay sebenar. Beberapa musuh baru ditunjukkan, termasuk Klaw dan beberapa labah-labah robot mengancam, tetapi selain itu, tidak ada apa-apa info tambahan yang disertakan sekali bersama trailer ini. Tarikh pelepasan khusus juga tidak disebutkan tetapi Square Enix berjanji ia akan keluar pada bulan Ogos 2021.
Marvel’s Avengers kini boleh didapati untuk PC, PS4, PS5, Stadia, Xbox One, dan Xbox Series X manakala DLC Black Panther – War for Wakanda tidak mempunyai tarikh pelepasan rasmi, tetapi dijangka akan keluar pada Ogos 2021. Untuk segala liputan kami tentang berita E3, sila tekan pautan ini.
Sumber – Square Enix

@gamersantaimy
Discussion about this post