Tidak lama sahaja lagi, Diablo 2: Resurrected akan tiba. Dan di acara E3 2021 hari ini, Blizzard telah mengumumkan tarikh pelancaran game tersebut, iaitu pada 23 September. Remaster kepada game klasik ini akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC.
Blizzard turut mengumumkan bahawa mereka akan menjalan ujian beta mereka yang dijadualkan pada Ogos ini untuk beberapa platform terpilih. Beta tersebut bakal menampilkan lima dari tujuh kelas, iaitu Amazon, Barbarian, Paladin, Sorceress dan Druid. Mereka yang membuat pra-pesanan bermula hari ini bakal mendapat akses awal beta dan game penuh akan menghadirkan Necromancer serta Assassin.
Di samping itu, Blizzard telah mengumumkan Diablo 2: Resurrected semasa BlizzConline awal tahun ini. Dalam temu bual dengan eksekutif produser Diablo, Rod Ferguson, dia menekankan bahawa Resriseed adalah sebuah remaster dan bukannya remake. Semasa ujian alpha teknikal yang lalu, Blizzard telah memberi penambahan sokongan pada controller untuk pemain baru.
Diablo 2: Resurrected akan tersedia pada harga $39.99 (anggaran RM164.28). Manakala Diablo Prime Evil Collection pula berharga $59.99 (anggaran RM246.44) yang mengandungi Diablo 2: Resurrected, Diablo 3 Eternal Collection dan beberapa cosmetic untuk Diablo 3. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post