Bethesda hari ini telah mengumumkan sebuah game besar terbaru mereka, Starfield akan hadir eksklusif untuk Xbox Series X|Sdan PC bermula 11 November 2022 nanti. E3 2021 telah mendedahkan trailer Starfield sebagai pembuka acara Xbox and Bethesda Games Showcase.
Trailer Starfield berdurasi 2 minit 20 saat ini dikongsikan dengan permulaan menunjukkan sebuah kapal angkasa makhluk asing bernama Constellation. Kemudian ia menunjukkan keadaan bahagian dalam kapal Constellation yang seperti kapal Space Age dari tahun 1960an.
Starfield will be our first game to use Creation Engine 2. We've spent years developing it to power the next generation of immersion and exploration. pic.twitter.com/ZF093bbsLm
— Bethesda Game Studios (@BethesdaStudios) June 13, 2021
Semasa acara E3, Todd Howard mengatakan game ini adalah mengenai “harapan” dan kemanusiaan bersama yang kita semua kongsi serta menunjukkan trailer sinematik. Bethesda juga mengesahkan Starfield akan menjadi game pertama dari Creation Engine 2 yang dikemaskini dan telah dijanjikan penambahbaikan yang besar untuk grafik serta peningkatan lain.
Buat masa ini, kita dimaklumkan bahawa Starfield akan menjadi salah satu game eksklusif untuk Xbox serta PC dan akan tiba pada November tahun depan. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami sepanjang acara E3 2021, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post