The Witcher 3: Wild Hunt, salah satu daripada permainan video paling visual tinggi pada generasi ini akan keluar di Nintendo Switch, juga merupakan konsol terkenal generasi kini. The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition akan tiba di konsol hybrid ini pada hujung tahun ini, menurut developer CD Projekt Red di presentation Nintendo Direct di E3 2019.
Announcement trailer tidak mendedahkan banyak perkara tentang port ini, tetapi memberi sedikit pandangan pada gameplay. Visual di dalam demo kelihatan kemas, tetapi sedikit “fuzzy”. Pelbagai game yang mempunyai graphic hebat telah di-port ke Nintendo Switch, terutamanya keluaran Bethesda seperi Doom (2016) dan Wolfenstein: The New Order. Walaubagaimanapun, beberapa port open-world tidak berjaya tahap yang diingini seperti port paling terkini Saints Row: The Third.
Kami berharap untuk belajar lebih tentang port Switch The Witcher 3 kemudian pada tahun ini. Buat masa ini, korang boleh usya announcement trailer di atas.
@gamersantaimy
Discussion about this post