Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dynasty Warriors: Origins Menampilkan Jumlah Askar Terbanyak Dalam Francais – Info Baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2024
in Artikel, Berita, Musou, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dynasty Warriors: Origins Menampilkan Jumlah Askar Terbanyak Dalam Francais – Info Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara ChinaJoy 2024, Koei Tecmo dan Omega Force telah mendedahkan info baharu tentang Dynasty Warriors: Origins termasuk jalan cerita, gameplay, dan ciri-ciri tambahan. Merupakan entri terbaru dalam francais, mereka turut mengusik bahawa game ini akan menampilkan jumlah askar terbanyak dalam sejarah siri ini!

Berikut adalah info lengkap Dynasty Warriors: Origins:

Dynasty Warriors: Origins memperkenalkan peminat kepada seorang pakar seni bela diri heroik yang ditakdirkan untuk mengatasi pelbagai cabaran besar ketika dia bertarung melalui gelombang musuh merentasi medan perang purba Three Kingdom.

Kredit: Koei Tecmo

Dynasty Warriors: Origins memperkenalkan tafsiran baharu yang lebih mendalam tentang jalan cerita tradisional Three Kingdoms, yang menggambarkan sejarah China purba. Kisah ini bermula pada tahun sebelum Yellow Turban Rebellion, apabila protagonis—seorang pakar seni bela diri yang mengalami amnesia—mengunjungi sebuah kampung yang mengalami kesusahan. Di sana, dia bertemu Zhang Jiao, seorang lelaki berambut panjang yang menawarkan bantuan kepada orang ramai, dan Guan Yu, seorang pahlawan berjanggut yang mengecam ketidakadilan kerajaan, dan bersama-sama mereka melawan kuasa jahat yang korup.

Kredit: Koei Tecmo

Kisah ini diceritakan melalui protagonis amnesia, yang mengubah sejarah sebagai wira tunggal. Sepanjang permainan, episod Three Kingdoms diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci, memberikan pengalaman yang jelas dan menarik bukan sahaja untuk peminat francais Romance of the Three Kingdoms dan Dynasty Warriors, tetapi untuk mereka yang belum pernah mengalaminya sebelum ini.

Kredit: Koei Tecmo

Dynasty Warriors: Origins menyampaikan rasa realisme di setiap medan perang, dengan jumlah askar terbesar dalam sejarah siri ini. Askar musuh yang bekerjasama untuk menyerang anda merupakan tambahan baharu, dan anda bukan sahaja harus bertarung dengan kemahiran mereka, malah juga menyerang ke hadapan dengan rakan sekutu untuk membuka jalan.

Kredit: Koei Tecmo

Protagonis game ini hadir di medan perang bersama wira-wira Three Kingdoms, menghapuskan musuh menggunakan pedang, penumbuk, dan pelbagai senjata lain. Dengan memenuhi syarat-syarat tertentu, pemain boleh mengawal Guan Yu dan wira lain buat sementara waktu.

Kredit: Koei Tecmo

Selain itu, Dynasty Warriors: Origins mempamerkan dunia Three Kingdoms yang luas pada peta benua, membolehkan pemain memilih medan perang untuk disertai. Selain itu, pemain juga boleh berinteraksi dengan wira lain dan berjalan-jalan dengan bebas ke medan perang utama seterusnya.

Dynasty Warriors: Origins akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada tahun 2025.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dynasty Warriors: Origins
ShareTweetSend
Previous Post

Siri Live-Action ‘Like a Dragon: Yakuza’ Mendedahkan Trailer Pertama

Next Post

Previu (Ringkas) Metaphor: ReFantazio – Perbezaan Mode ‘Fast’ & ‘Squad’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Previu (Ringkas) Metaphor: ReFantazio – Perbezaan Mode ‘Fast’ & ‘Squad’

Previu (Ringkas) Metaphor: ReFantazio - Perbezaan Mode 'Fast' & 'Squad'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd