Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2024
in Artikel, Berita, Musou, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dynasty Warriors: Origins Diumumkan, Akan Keluar Pada 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui siaran State of Play hari ini, Koei Tecmo dan Omega Force telah mengumumkan Dynasty Warriors: Origins untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam. Akan dilancarkan pada 2025, anda boleh menonton trailer pengumuman di bawah:

Genre “musou” dilahirkan semula dalam entri baru ini di mana Omega Force ingin memulakan era baharu untuk aksi taktikal “hack and slash”.

Dynasty Warriors: Origins menampilkan tentera terbesar yang pernah dilihat dalam siri ini sambil turut memperkenalkan wira baharu kepada aksi 1 lawan 1,000 yang menjadikan francais itu terkenal.

Kredit: Koei Tecmo

Walaupun trailer di atas sekadar sinematik sahaja, kita tahu pemain perlu bertindak pantas kerana saiz dan skala tentera musuh yang jumlahnya tidak terkira di atas medan perang. Merancang bersama tentera bersekutu adalah amat penting kerana pemain harus menggunakan taktik pertempuran secara real time sambil menewaskan barisan demi barisan musuh dalam perang paling besar dalam sejarah Dynasty Warriors.

Bukan itu sahaja; buat pertama kali dalam sejarah francais, mereka akan menggambarkan kisah huru-hara Three Kingdoms dari mata seorang ‘wira tanpa nama’. Alami kisah sejarah perang melalui mata protagonis baharu ini, yang mempamerkan tanah China yang luas, sambil berkenalan dengan askar dan jeneral ikonik dan bersejarah.

Kredit: Koei Tecmo

Tomohiko Sho, selaku produser dan ketua Omega Force berkata:

Sejak Dynasty Warriors 2 (Dynasty Warriors original ialah fighting game!), akar siri ini sentiasa berdasarkan “rasa realisme di medan perang” dan “kemeriahan gameplay 1 vs 1,000”.

Dalam Dynasty Warriors: Origins, kami akan kembali ke akar umbi ini untuk menyampaikan aksi tanpa henti kepada, bukan sahaja peminat siri yang paling setia, tetapi kepada semua peminat game di seluruh dunia.

Dalam Dynasty Warriors: Origins, kami telah dapat meningkatkan perasaan tension di medan perang sambil juga menyampaikan rasa keseronokan yang epik selepas mengatasi segala kemungkinan dalam peperangan paling mendebarkan pernah kami lakukan.

Kredit: Koei Tecmo
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dynasty Warriors: Origins
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill 2 Remake Akan Datang Oktober 2024, Boleh Pre-Order!

Next Post

Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024

Marvel Rivals Tambah Platform PS5 & Xbox Series, Closed Beta Test Akan Datang Julai 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd