Nexon dan developer What! Studio telah mengumumkan pelancaran global untuk Durango: Wild Lands di peranti mobile. Dalam permainan open-world sandbox MMO yang ditunggu-tunggu ini, pemain akan menjelajah dunia open world prasejarah luas yang dihuni oleh dinosaur besar dan ganas serta dipenuhi persekitaran warna-warni yang dinamik.
https://www.youtube.com/watch?v=sZM38ZZlLrA&list=PLYW8smo13zUsAOWSX8KEZRXJWSQVNNPTP&index=2&t=0s
Pemain harus menggunakan akal dan sumber-sumber alam sekitar untuk bertahan hidup di tengah-tengah rimba yang luas dan bahaya. Dunia Durango: Wild Lands yang sentiasa membesar ini boleh dimuat turun di Apple App Store dan untuk peranti Android di Google Play.
Selepas peristiwa ruang masa misteri yang mengheret pemain daripada bumi mereka kenal, pemain kini terperangkap di alam primitif tetapi digabungkan bersama beberapa unsur moden daripada dunia sebelum.Dunia open-world misteri yang sentiasa berubah ini dipenuhi dengan pelbagai pulau yang berbeza persekitaran dan kehidupan, serta pelbagai sumber berhaga, dinosaur yang boleh dijinakkan, dan rahsia-rahsia bahaya. Pemain akan belajar bagaimana untuk hidup di dunia baru ini dengan cara memburu, mereka alat, berkebun, dan membina perumahan.
Pemain akan maju dan berubah daripada membina khemah buruk kepada sebuah kawasan perumahan untuk pemain-pemain lain menginapi. Bantuan dan kerjasama rakan dalam bentuk klan lebih digalakkan unutk menghadapi ancaman-ancaman dan bahaya di Durango: Wild Lands.
Ahli klan boleh bantu untuk memburu dinosaur paling kuat di Raid Island dan juga mendirikan kampung-kampung untuk kegunaan semua. Selain itu, pemain boleh bermain Clan vs Clan PvP Battle untuk hak menguasai Savage Island dan mengembangkan lagi reputasi mereka di dunia Durango: Wild Lands.
Sumber – AndroidPolice
@gamersantaimy
Discussion about this post