Kali terakhir kami mengongsikan mengenai The Outer World yang baru sahaja memasuki pelantar Nintendo Switch pada Jun lalu. Tetapi kali ini, kami ingin mengongsikan DLC terbaru The Outer World yang merupakan ekspansi penceritaan permainan ini diberi nama The Outer Worlds: Peril on Gorgon.
Peril in Gorgon merupakan DLC pertama yang hadir dalam permainan The Outer Worlds ini. Dalam DLC ini menampilkan planet terbaru untuk pemain jelajah yang dipanggil Gorgon. Disini anda bakal jumpa dengan NPC baru, temui Senjata dan Perisai yang canggih, serta ikut serta dalam Quest terbaru di mana pelbagai rahsia sedang menunggu anda untuk dijumpai. Pemain boleh membeli DLC Peril on Gorgon dengan harga $14.99 (RM62.55) secara individu, atau membeli “expansion pass” dengan harga $24.99 (RM104.27) yang juga merangkumi DLC yang akan datang. Peril on Gorgon dilancarkan untuk PC via Epic Game Store, PlayStation 4, dan Xbox One pada 9 September 2020.
Jadi kali ini, meneruskan perjalanan The Outer Worlds, kami diberi peluang sekali lagi untuk review permainan ini dan kongsikan kepada anda! Yang pastinya, kami tidak akan menceritakan semula penceritaan dari awal The Outer Worlds dimana anda boleh baca semula review penuh permainan asal sebelum ini, sebaliknya, jom kita mulakan review ekspansi permainan ini The Outer Worlds: Peril on Gorgon! Bukan tu sahaja, kali ini kami menggunakan MSI GE75 Raider 8SE dengan spesifikasi mantap mengikuti generasi terkini Intel Core i7-8750H,16GB DDR4 RAM dan NVIDIA GeForce RTX 2060!
Jadi cerita pun bermula~
Jadi apa sebenarnya maksud The Outer Worlds: Peril on Gorgon? Ia berlaku di asteroid Gorgon, yang merupakan lokasi salah satu usaha saintifik yang paling bercita-cita tinggi di Halcyon: pengembangan dan sintesis Adrena-Time, ubat yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pekerja di seluruh koloni Halcyon. Walaupun ubat itu menunjukkan janji awal, penggunaan jangka panjang menghasilkan kesan sampingan yang membimbangkan, termasuk peningkatan ekstrim dan idea kreatif.
Anda menerima pita dari Lucky Montoya yang memberitahu anda untuk pergi berjumpa dengan seorang wanita di Gorgon, Minnie Ambrose. Dia menawarkan ganjaran besar untuk anda mengambil jurnal ibunya dari kemudahan penyelidikan Project Gorgon yang ditinggalkan. Hasil tangkapannya ialah anda menerima pita dengan lengan Lucky Montoya yang masih melekat padanya.
Gorgon adalah tempat Adrena-Time dihasilkan oleh Spacers Choice. Ia sepatutnya menjadi ubat produktiviti untuk membantu orang kembali bekerja, tetapi kesan sampingan menyebabkan mereka berubah menjadi “marauders”, musuh utama dalam permainan. Terdapat kemalangan dan Gorgon terpaksa ditutup, dengan beberapa saintis ditinggalkan sementara yang lain berjaya dipindahkan.
Okay-okay, tak boleh nak cerita banyak, nanti tak seronok pula anda nak mainkan DLC yang baru hadir ini kan!
Apa pula anda harus lakukan di Gorgon?
Pemain harus berhati-hati siapa yang harus dipercayai dalam pengembaraan ini, menggunakan semua kemahiran, diplomasi dan kepandaian mereka untuk menavigasi tempat yang menarik dan bermusuhan ini. Atau jika anda lebih suka bermain psikopat, anda boleh sahaja menembak semua orang yang anda temui.
Semasa anda mencuba mendapatkan semula jurnal, orang asing “Stranger” yang misteri mengunci seluruh kemudahan yang ada. Untuk mendapatkannya semula, anda perlu mengakses dua menara untuk melakukan penggantian. Bercakap dengan salah seorang mangsa Gorgon yang masih hidup, dia membantu kami untuk mengenal pasti dua orang yang akan mempunyai akses dan membawa anda ke menara-menara tersebut.
Semasa melalui dua menara ini, anda mengetahui kebenaran mengenai Adrena-Time. Syarikat yang membuatnya, Spacer’s Choice, selalu mengetahui tentang bahaya yang digunakannya tetapi tetap menjualnya. Mereka juga mengujinya pada pekerja, mencipta Marauders.
Stranger yang misterius mengancam anda setiap kali anda pergi ke salah satu menara ini, tetapi kami tetap berjaya membuka bangunan utama. Sebaik sahaja anda ambil jurnal itu, Stranger mendedahkan diri mereka sebagai Olivia Ambrose, ibu kepada Minnie dan bekas ketua Project Gorgon.
Minnie mendedahkan bahawa dia mahu memulakan semula produksi Adrena-Time, yang akan menghasilkan lebih banyak marauders. Olivia mahu memusnahkan Project Gorgon sekali dan selamanya. Anda mendapat pilihan yang mana anda mahukan.
Maka ini ringkasannya~
- Di Peril on Gorgon, hero dan kru Unreliable menemui lengan terputus yang memegang mesej samar yang membawa mereka ke Gorgon Asteroid. Gorgon adalah bekas pusat sains untuk Halcyon di mana banyak percubaan bencana berlaku.
- Pemain akan melakukan perjalanan menjelajah ke planet Gorgon setelah mereka melepasi planet Monarch, yang bermaksud pemain tidak perlu menyelesaikan keseluruhan permainan, tetapi sebaliknya, pemain boleh melakukan perjalanan ke kawasan baru ini dan mengambil bahagian dalam pencarian pada bila-bila masa.
- Semasa usaha pemain untuk menyiasat ruang sarang yang penuh dengan raksasa dan marauders yang tidak teratur, mereka akan menemui seorang wanita bernama Minnie Ambrose yang meminta anda menyelesaikan misteri yang berkisar pada projek sains yang ditakdirkan.
- DLC Peril on Gorgon menambah naratif baru untuk keseluruhan pengalaman permainan. Pemain akan menemui watak baru dan menemui senjata dan perisai yang tidak masuk akal tetapi mematikan.
- Obsidian kini telah menaikkan had tahap pemain menjadi 33.
- Akan ada Perk dan Flaws baru yang akan ditambahkan ke DLC ini.
Dari segi DESIGN pula~
Gorgon memang satu planet yang menarik walaupun kadang-kala macam rasa tidak kena dengan peta permainan yang asal. Kawasan planet ini terdapat banyak tebing dan lembah, serta cuba mengikuti jalan permainan akan membuat anda tersesat kerana ia akan membuat anda perlu melalui tembok. Anda juga boleh mendapati bahagian tersebut di awal DLC juga ketika anda mencari yang terselamat.
Bahagian “Dungeons” agak pendek, anda jarang terpaksa bertarung terlalu lama. Ini terasa seperti kandungan sampingan dari permainan yang mereka inginkan dalam versi pelancaran tetapi kehabisan masa, jadi mereka memasukkannya sebagai DLC sebagai peganti.
Maka Kesimpulannya~
Secara keseluruhannya, jalan cerita DLC ini agak mudah, tetapi biliknya penuh dengan teks log dan mesej untuk anda ketahui cerita sebenar yang berlaku di Gorgon. Pada dasarnya, ini hanyalah Outer Worlds. Bergantung pada pemikiran anda mengenai The Outer Worlds, sama ada perkara yang baik atau buruk.
NPC utama permainan, Minnie Ambrose, sungguh hebat. Dia menawan dan adegan dialog bersamanya adalah sangat animasi. Kami berharap agar ada lebih banyak kandungan tetapi kekurangan senjata baru walaupun masih ada beberapa senjata saintifik, bermakna anda hanya bermain ini jika anda betul-betul peduli dengan kisah kesambungan The Outer Worlds.
![](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2019/11/image-1-1.png)
@gamersantaimy
The Review
The Outer Worlds: Peril on Gorgon
DLC ini agak mudah, jalan cerita menarik, cuma masih ada kekurangan beberapa pekara. Mungkin DLC selepas ini, Obsidian boleh hasilkan yang lebih gempak lagi
PROS
- Suasana yang baik
- Cerita yang agak menarik
- Outer World yang dilebihkan~
CONS
- Penamat yang dapat diramalkan
- Kekurangan kemaskini seperti tidak banyak senjata baru
Discussion about this post