Selama bertahun-tahun, ramai yang ingin tahu apa terjadi kepada kehidupan Uchiha Sasuke selepas peristiwa Shippuden? Secara lebih tepat, ramai ingin tahu apa yang berlaku selepas Shippuden tetapi sebelum bermulanya kisah Boruto. Kini, manga “Sasuke Retsuden” telah keluar dan ternyata, sambutannya cukup positif hingga Sasuke menjadi topik trending.
Manga Sasuke Retsuden asalnya bermula beberapa tahun lepas sebagai novel ringan, dan telah diadaptasikan kepada manga oleh Shueisha. Dihasilkan oleh Jun Esaka dan Kimura Shingo, versi manga baru sahaja disiarkan beberapa hari lalu di mana ramai memuji bab pertama kerana lukisan yang cantik seiras Masashi Kishimoto (pencipta Naruto) dan pacing jalan cerita yang mudah diikuti.
Apa yang membuatkan manga ini begitu trending adalah ramai terkejut melihat perubahan Sasuke daripada remaja gilakan balas dendam kepada ayah dan suami yang penyayang.

Kita flashback sebentar; bagi mereka yang tidak tahu, Uchiha Sasuke sekarang mempunyai keluarga. Ninja itu akhirnya jatuh cinta kepada Haruno Sakura, dan bersama, mereka mempunyai anak perempuan bernama Uchiha Sarada. Kisah Sarada boleh dibaca/ditonton dalam siri Boruto: Naruto Next Generations, tetapi dalam manga ini, semuanya tertumpu pada Sasuke sahaja.
Dalam bab pertama manga ini, seorang wanita cuba mengahwinkan anak perempuannya dengan Sasuke, tetapi dia menolak dengan cepat kerana sudah berkeluarga. Perubahan personaliti ini merupakan “sesuatu yang besar” bagi peminat, kerana Sasuke lama tidak akan sentuh tentang topik cinta. Yang penting, dia dapat membalas dendam.

Aplikasi Shonen Jump+ menunjukkan berapa popularnya siri Sasuke Retsuden, di mana jumlah bacaan selepas satu hari (23 Januari) adalah lebih daripada 1.1 juta bacaan. Pada masa yang sama, MangaPlus (aplikasi versi Bahasa Inggeris) mencatat jumlah bacaan sebanyak 383 ribu.
Dan sudah tentu, Sasuke juga sedang trending di laman media sosial seperti Twitter.
Sebahagian besar daripada kejayaan ini adalah kerana pelukis Shingo Kimura yang berjaya menepati estetika original Masashi Kishimoto. Seterusnya, ramai yang ingin melihat perubahan Sasuke memandangkan dia adalah salah satu watak paling terkenal dalam sejarah anime.
Adakah korang sudah membaca Sasuke Retsuden? Apa pendapat korang tentang setakat ini? Jom kongsikan pendapat dalam ruang komen di bawah!
Untuk membaca segala liputan kami tentang Sasuke, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post