Jika minggu lalu Gameplay Sakonji Urokodaki telah didedahkan, minggu ini sekali lagi Aniplex Japan mengongsikan gameplay watak yang akan hadir bersama Inosuke, Zenitsu, Tanjiro, dan Nezuko untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan. Dua watak yang menggunakan Water Breathing pada pertempuran mereka, memperkenalkan Sabito dan Makomo.
Sabito adalah remaja lelaki dengan wajah rubah dan Makomo budak perempuan yang Sumijiro temui semasa latihannya di Sagiriyama, dan keduanya dibesarkan di Rakutaki juga menggunakan “water breathing” untuk bertarung dalam mod Versus! Visual permainan yang dikongsikan dari kedua watak ini dibuat berdasarkan model 3D dalam permainan oleh CyberConnect2, yang mengembangkan karya ini.
Terima kasih pada Gematsu, mengongsikan gameplay permainan ini sekali lagi dari pelepasan asal Aniplex Japan. Jom kita kenali serba sedikit kedua watak ini di bawah dan saksikan gameplay mereka juga;
Makomo
Makomo adalah seorang gadis muda bertubuh pendek dengan kulit pucat, yang memiliki mata lembut dengan warna cyan yang pekat. Sama sekali menentang keperibadian Sabito yang agresif, Makomo adalah seorang gadis yang pendiam, sabar dan baik hati. Dia selalu menolong Tanjiro dengan menunjukkan kesalahan dalam tekniknya dan membetulkan segala keburukkannya yang dia alami secara tidak sedar selama menjalani latihan di bawah Sakonji.
Sabito
Sabito adalah seorang pemuda yang serius dan percaya bahawa semua tindakannya harus. Dia dilihat sebagai mentor yang kejam selama waktunya melatih Tanjiro, yang selalu cepat menunjukkan kekurangannya dan enggan mengakui dia sebagai lelaki sejati.
Makomo memiliki pemahaman yang lebih mendalam mengenai teknik Water Breathing dari latihan Urokodaki dan dapat mengajar Tanjiro bagaimana menerapkan semua sepuluh bentuknya, sementara Sabito adalah seorang pengamal mahir dari Water Breathing, yang biasa digunakannya untuk membunuh semua Demons secara sendirian.
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan akan keluar di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan Steam dalam tahun ini. Permainan ini akan menampilkan mod Story yang akan membolehkan peminat menghidupkan kembali kisah anime asal. Juga, mod Battle akan membolehkan pemain bermain dengan watak yang berbeza.

@gamersantaimy
Discussion about this post