Baiklah baru semalam kita berceritakan tentang bintang terkenal Twitch TV iaitu Shroud. Hari ini pula kita nak cerita kan seorang lagi bintang terkenal Twitch TV iaitu DrDisRespect. Siapa yang tidak kenal DrDisRespect ini atau nama sebenarnya Herschel “Guy” Beahm IV yang menetap ni California,AS. DrDisRespect mempunyai lebih dari 3.3 juta pengikut di platform dan terkenal dengan permainan video royale pertempuran, seperti H1Z1, PlayerUnknown’s Battlegrounds , Fortnite Battle Royale, Black Ops IIII Blackout dan Apex Legends. Dia juga seorang streamer yang suka berdrama dengan menggunakan perangai ‘disrespect’ nya itu kepada permainan yang dimainnya.
Walaupun diraih populariti, rumah DrDisRespect pernah ditembak oleh seseorang beberapa kali (tekan sini untuk video tersebut). Kali ini insiden DrDisRespect sememangnya tidak mengancam nyawa, tetapi masih keadaan yang serius. Ianya terjadi ketika dia stream Fortnite dirumahnya dan disedari apabila penonton Twitch dia bersembang di bahagian ‘Chat’ mengenai Twitter Dr Disrespect telah digodam oleh seseorang.
Di dalam Twitternya, peminat nya memberitahu DrDisRespect telah menghantar Tweet-tweet yang aneh. Antaranya, peringatan Dr Disrespect yang pernah curang kepada isterinya. Penggodam itu mendakwa mempunyai video tersebut dari dokumen iCloudnya serta mengancam untuk memuat naik video tersebut bagi tontonan semua peminatnya.
Selain itu, penggodam tersebut turut menghantar Tweet yang mengancam dan menghina peminat serta rakan-rakan sepermainanya.
Kesemua Tweet tersebut sudah pun dibuang dari ‘feed’ nya, keadaan ini telah pun diselesaikan, dan DrDisRespect mendapat semula akaun Twitternya. Bagi DrDisRespect ia hanyalah pekara kecil dan penggodam itu telah mengodam nya seperti ketinggalan zaman.
“It was a simple sim card hack,”
“Not a big deal…outdated 1998 technique.”
-DrDisRespect
It was a simple sim card hack.
Not a big deal… outdated 1998 technique. pic.twitter.com/6hpzqScySv
— Dr Disrespect (@DrDisrespect) April 17, 2019
Walaupun tidak banyak dapat kita tahu tentang penggodam atau bagaimana mereka mendapat akses kepada akaun Dr. Disrespect baru-baru ini, nampaknya pihak Twitch dan Twitter sama-sama menyedari situasi ini dan akan lebih berhati-hati.
Macam mana pun penggodam tu benci kepada DrDisRespect, populariti nya tetap tidak akan menjunam. Turut makin bertambah disebabkan ramai ingin menonton situasi yang terjadi itu, maka makin bertambahlah pengikut Dr.Disrespect. Jadi memang tak ada motif pun kalau nak kacau orang yang macam ni.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post