Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest III HD-2D Remake – Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Quest III HD-2D Remake – Info Protagonis, Naratif, Dunia & Gameplay
Share on FacebookShare on Twitter

36 tahun selepas pelancaran original pada tahun 1988, Square Enix membuat keputusan untuk membawa Dragon Quest III ke platform moden. Bertajuk Dragon Quest III HD-2D Remake, game ini akan keluar pada 14 November 2024 di Nintendo Switch, PlayStation 5, Xbox Series X|S dan Microsoft Store, manakala versi Steam akan menyusul satu hari kemudian, pada 15 November 2024.

Sebagai remake, JRPG klasik ini dirombak sepenuhnya dan kini menampilkan adegan baharu yang menambah lapisan baharu kepada gameplay dan naratif, serta adegan dengan lakonan suara penuh dan runut bunyi orkestra. Kebetulan, Square Enix telah berkongsi info lanjut tentang game ini, yang memperkenalkan lebih banyak maklumat tentang dunia permainan dan gameplay-nya.

Jalan Cerita Dan Protagonis

“Bertahun-tahun yang lalu, hero hebat Ortega mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anaknya ketika memulakan usaha untuk mengalahkan Archfiend yang jahat, Baramos. Ortega gagal dalam misi ini, dan Baramos masih mengancam dunia.”

“Kini, pada hari lahir yang ke-16, anak tunggal Ortega diseru oleh raja Aliahan dan diamanahkan dengan tugas penting: untuk meneruskan misi Ortega, mengalahkan Baramos, dan menyelamatkan dunia.”

Protagonis (Pemain): Boleh dipilih sebagai lelaki atau perempuan, Protagonis adalah anak kepada Ortega, hero terkenal Aliahan. Pada pagi hari jadi yang ke-16, anda berangkat dalam jalan yang sama seperti ayahmu untuk mengalahkan Archfiend Baramos.

Dunia Penuh Pengembaraan

Kredit: Square Enix

Dalam perjalanan, anda dan rakan sekutu akan meneroka semua sudut dunia yang luas. Pelbagai misteri menanti di bandar, istana, gua dan menara, dan jika anda berani menghadapi semua cabaran, sejumlah harta karun yang mengandungi item penting akan menjadi ganjaran, termasuk item yang diperlukan untuk memajukan jalan cerita.

Jika sesat atau tidak tahu langkah seterusnya, penduduk tempatan juga boleh memberikan petunjuk tentang cara-cara menyelesaikan beberapa masalah dalam dunia manakala anda boleh membuka laluan baharu menggunakan kapal laut yang dipercayai.

Menggunakan sistem kitaran; semasa meneroka dunia, hari akan bertukar menjadi siang dan malam – untuk menunjukkan sejauh mana anda mengembara.

Sihir Dan Abiliti Membuka Jalan Kemenangan

Kredit: Square Enix

Apabila meneroka dunia dan dungeon, raksasa pasti akan muncul untuk mengacau. Di sini, sistem pertempuran turn-based daripada game klasik Dragon Quest masih diterapkan, di mana anda menyampaikan arahan kepada ahli parti.

Serang dengan senjata hebat, serta gunakan pelbagai sihir dan abiliti, masing-masing dengan efek unik sendiri, untuk mengalahkan musuh dengan bergaya.

Mengalahkan raksasa akan memberi ganjaran “experience point” yang meningkatkan level parti anda, dan gold coin yang membolehkan anda membeli peralatan yang lebih kuat. Sebagai bonus, Square Enix menambah ciri QoL Battle Speed, di mana pemain boleh melaraskan kelajuan pertarungan mengikut kesukaan mereka.

Dragon Quest I & II HD-2D Remake Juga Dalam Pembikinan!

Kredit: Square Enix

Bukan itu sahaja, Remake HD-2D untuk Dragon Quest I & II juga akan dikeluarkan pada tahun 2025.

Dragon Quest, Dragon Quest II: Luminaries of the Legendary Line dan Dragon Quest III: The Seeds of Salvation adalah tiga game pertama dalam francais dan sebenarnya berkait rapat daripada segi naratif dan berlangsung di dunia yang sama. Secara kolektif, ketiga-tiga game dikenali sebagai “The Erdrick Trilogi”—Erdrick ialah nama yang diturunkan kepada setiap reinkarnasi hero legenda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Quest III HD-2D Remake
ShareTweetSend
Previous Post

Butiran Awal ‘gamescom asia’ – CAPCOM Kembali, Shawn Layden Mengetuai Acara Business Conference!

Next Post

NBA 2K25 Akan Datang September 2024, Atlet Utama Termasuk Jayson Tatum, A’ja Wilson & Vince Carter!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
NBA 2K25 Akan Datang September 2024, Atlet Utama Termasuk Jayson Tatum, A’ja Wilson & Vince Carter!

NBA 2K25 Akan Datang September 2024, Atlet Utama Termasuk Jayson Tatum, A’ja Wilson & Vince Carter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd