Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC “Bardock- Alone Against Fate” – Kita main sebagai ayah Goku!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 23, 2022
in Action, Adventure, Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot pamer DLC “Bardock- Alone Against Fate” – Kita main sebagai ayah Goku!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Bandai Namco dan pemaju CyberConnect2 telah mengeluarkan video gameplay untuk DLC terbaru Dragon Ball Z: Kakarot “-Bardock- Alone Against Fate,” yang akan datang tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada Season Pass 2.

Berikut adalah video gameplay:

Trailer ini menampilkan peristiwa yang berlaku di planet Kanassa dan juga adalah rakaman pertama Bardock dalam aksi. Di sini, korang boleh menyaksikan kekuatan Bardock melalui abilitinya, Super Attack, lakonan suara, dan banyak lagi. Dia ditemani oleh Fasha dan Tora, kedua-duanya sebahagian daripada Pasukan Bardock. Tujuan misi adalah untuk mengalahkan setiap warga Kanassa dan dalam video di atas, sebanyak 145 perlu ditewaskan.

Berkenaan jalan cerita, DLC ini mengisahkan pengembaraan bapa Goku, Bardock, yang berkhidmat sebagai ahli pasukan pencerobohan planet di bawah Frieza, serta perjalanan dia dan rakan-rakannya ke Planet Vegeta hingga ke akhir riwayatnya. Jika korang ingin mengalami situasi Bardock sendiri, DLC ini pasti akan memuaskan hati para peminat.

Malangnya, tarikh tepat untuk keluaran DLC Dragon Ball Z: Kakarot “Bardock- Alone Against Fate” masih belum diumumkan.

Game bakal tiba ke konsol next-gen

Buat masa ini, Dragon Ball Z: Kakarot boleh didapati di PS4, Xbox One dan Nintendo Switch tetapi game ini bakal dikeluarkan untuk konsol next-gen PS5 pada 12 Januari 2023, dan Xbox Series X|S pada hari berikutnya, 13 Januari 2023.

Sesiapa yang memiliki versi PS4 atau Xbox One dapat upgrade salinan game dengan membayar cas tambahan ke platform pilihan untuk memanfaatkan ciri-ciri yang ditawarkan konsol gen baharu. Ini merupakan peluang yang baik untuk mereka yang baru bermula main game ini atau veteran lama yang ingin menikmati gameplay lebih lancar dan grafik yang lebih cantik.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball Z: Kakarot, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bardock- Alone Against FateDLCDragon Ball Z: Kakarot
Previous Post

[Review] Gungrave G.O.R.E – Game action shooter paling senang anda boleh cuba!

Next Post

PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project — Convallaria & Lost Soul Aside!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project — Convallaria & Lost Soul Aside!

PlayStation Kembali Dengan 2 Game Daripada China Hero Project -- Convallaria & Lost Soul Aside!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd