Berita baik untuk peminat Dragon Ball kerana Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot kini boleh dimainkan di konsol next-gen PS5 mana untuk Xbox Series X|S pula akan tersedia esok, 13 Januari 2023. Game popular ini telah pun dikeluarkan untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC sebelum ini pada 16 Januari 2020.

Imbas kembali kisah Goku dalam Dragon Ball Z: Kakarot di sebalik pertempuran epik, alami kehidupan dunia siri ini sambil anda bertarung, memancing, makan dan berkatih bersama Goku. Terokai kawasan dan mengembara sambil anda progress jalan cerita game dan membentuk ikatan yang kuat dengan wira lain dari Dragon Ball Z universe!
Game ini menampilkan pelbagai adegan daripada anime original yang tidak pernah dicipta semula dalam game Dragon Ball dan digambarkan melalui grafik gaya anime yang lebih cantik dengan teknologi terkini. Elemen tersebut ditambahkan untuk memberi pemain pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

Selain itu, Dragon Ball Z: Kakarot juga dilengkapi dengan DLC yang dikeluarkan untuk platform lain seperti “A New Power Awakens Part 1 dan 2” dan “-TRUNKS- The Warrior of Hope” yang membolehkan pemain menikmati lebih banyak kandungan Dragon Ball Z berbanding sebelum ini.
Versi konsol yang dipertingkatkan juga tersedia untuk pemain yang sudah memiliki game ini di PS4 atau Xbox One mereka. Game ini memberi peluang kepada kedua-dua konsol untuk melihat apa yang Dragon Ball Z: Kakarot ingin tawarkan, termasuk juga untuk pemain baru merasai pengalaman game Dragon Ball yang menakjubkan secara visual pada tahap prestasi tertinggi.
Tambahan juga, DLC terbaru game ini “-Bardock- Alone Against Fate” boleh dimainkan untuk semua platform mulai hari ini kecuali Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Namun, ia boleh dimainkan untuk semua platform bermula esok, 13 Januari 2023.
Ayah Goku, Bardock, mendapati dirinya bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan penceroboh planet Frieza. Semasa satu pertempuran, dia menerima kecedaraan daripada lawan yang tidak diketahui dan ketika itu dia mendapat kebolehan pandangan jauh prakognitif.
Dia akhirnya mampu melihat bahawa Frieza berhasrat untuk menghapuskan semua puak Saiyan dari alam semesta. Walaupun dia kehilangan rakan seperjuangannya dan mengalami kecederaan fizikal yang teruk, Bardock terus berjuang menentang Frieza – dalam usaha untuk melarikan diri dari menerima nasib seperti sekutunya.

Dalam DLC ini, anda akan bermain sebagai Bardock dan akan merasai pengalaman kisah dari sudut pandangannya!
Sekali lagi saya ingatkan, Dragon Ball Z: Kakarot kini tersedia untuk PS5 manakala untuk versi Xbox Series X|S tersedia esok. Game ini juga tersedia untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post