Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Watak yang paling banyak makan kacang Senzu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Dragon Ball: Watak yang paling banyak makan kacang Senzu
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang sejarah Dragon Ball, kacang Senzu merupakan salah satu barang paling penting untuk Goku dan geng kerana dapat menyembuhkan kebanyakan kecederaan besar dan memberi tenaga penuh buat sesiapa yang makan. Ini menimbulkan persoalan, watak siapa yang paling banyak makan kacang Senzu dalam Dragon Ball? Akhirnya kita mendapat jawapan rasmi.

Sebelum itu, biar saya jelaskan serba sedikit dulu. Kacang Senzu ditanam oleh Korin di Korin Tower. Apabila dimakan, keadaan fizikal seseorang individu hampir serta-merta akan dipulihkan kepada 100%. Ini menjadikan kacang Senzu sangat berguna untuk dibawa dalam pertempuran. Disebabkan Korin berkawan dengan Goku dan gengnya, kucing tua itu biasanya membantu dengan memberikan satu beg kecil penuh kacang Senzu. Walau bagaimanapun, bekalan amat terhad, kerana ia mengambil masa yang lama untuk menanam walaupun sebiji kacang Senzu.

Kembali pada topik asal, akaun Twitter rasmi Dragon Ball menyenaraikan 11 watak yang paling banyak makan kacang Senzu sepanjang sejarah Dragon Ball. Mungkin jawapannya tidak begitu mengejutkan tetapi Yajirobe memegang tempat pertama kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan Korin dan dia juga salah satu tukang jaga di Korin Tower di mana dia pernah memakan segenggam kacang Senzu hingga sakit perut.

Yajirobe selepas makan terlalu banyak kacang Senzu
  • Videl/Cell – 1 kacang
  • Future Trunks/Yamcha – 2 kacang
  • Gohan – 2 ½ kacang
  • Tien – 3 kacang
  • Krilin – 3 ½ kacang
  • Piccolo – 5 kacang
  • Vegeta – 6 kacang
  • Goku – 11 kacang
  • Yajirobe – Cukup satu hidangan

Ever wondered who in Dragon Ball has eaten the most Senzu Beans?
Check out the rankings we made!
Just who could be in first place?! pic.twitter.com/px6MUsSCXK

— DRAGON BALL OFFICIAL (@DB_official_en) February 3, 2022

Keperluan untuk kacang Senzu semakin berkurangan setelah kemunculan Dende, yang sering bantu menyembuh Goku dan wira-wira lain. Ia semakin berkurangan apabila memasuki fasa Dragon Ball Super, tetapi memang tidak bokeh dinafikan bahawa ini adalah “alat” yang berguna untuk apa-apa kecemasan.

Adakah kacang Senzu akan terus menjadi sebahagian dalam francais Dragon Ball pada masa hadapan? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallFaktakacang Senzumanga
Previous Post

Kos produksi Demon Slayer S2 mahal berlipat kali ganda daripada S1!

Next Post

Asalnya untuk pengajian, pemain Genshin Impact disyaki salah guna wang sumbangan itu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Asalnya untuk pengajian, pemain Genshin Impact disyaki salah guna wang sumbangan itu!

Asalnya untuk pengajian, pemain Genshin Impact disyaki salah guna wang sumbangan itu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd