Bandai Namco telah mengumumkan bahawa Dragon Ball: The Breakers dijadualkan akan lancar pada 14 Oktober 2022 untuk PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.
Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka telah mengeluarkan video trailer baru dengan menampilkan seorang “Raider” baru iaitu Frieza. Dia merupakan antagonis utama dalam siri Dragon Ball di mana Frieza adalah seorang ketua kepada tenteranya sendiri dan maharaja kepada sebahagian daripada Universe 7.

Mereka juga mengumumkan yang Dragon Ball: The Breakers akan dibuka untuk “Closed Network Test” pada 6 dan 7 Ogos 2022 di semua platform. Malangnya ujian ini hanya tersedia di Eropah sahaja dan tidak tersedia di Malaysia. Walaupun begitu, Bandai Namco akan menyediakan ujian terbuka Beta game ini pada masa akan datang.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Dragon Ball: The Breakers, anda boleh pre-order game ini melalui 3 edisi bersama kandungan bonus iaitu edisi Standard, Special dan Limited. Ketiga-tiga edisi ini boleh didapatkan melalui Bandai Namco Store.
Standard Edition

- Game penuh – Dragon Ball: The Breakers
- Pre-Order Bonus
- Android 18 Transphere – Wall Kick Skill
- Accessory – Scouter (Biru)
Special Edition

- Game penuh – Dragon Ball: The Breakers edisi Special
- Pek edisi Special
- Kostum – Kostum boleh diubah suai
- Pose Kemenangan – Two-Handed Good
- Skin kenderaan – Dragon (Kuning)
- Pre-Order Bonus
- Android 18 Transphere – Wall Kick Skill
- Aksesori – Scouter (Biru)
Limited Edition

- Game penuh – Dragon Ball: The Breakers edisi Special
- Pek edisi Special
- Kostum – Kostum boleh diubah suai
- Pose Kemenangan – Two-Handed Good
- Skin kenderaan – Dragon (Kuning)
- Bonus pre-Order Bonus
- Android 18 Transphere – Wall Kick Skill
- Aksesori – Scouter (Biru)
- Bonus Bandai Namco Store Time-Exclusive
- Aksesori – Potara (Hijau)
- Figure Cell Shell bersaiz 9x15cm
- Steelbook Dragon Ball: The Breakers
- Pelekat Dragon Ball: The Breakers

Bagi sesiapa yang masih tidak kenal Dragon Ball: The Breakers, ia merupakan game action asymmetrical, di mana pemain dibahagikan kepada dua kumpulan – “Raider”, musuh tipikal “Dragon Ball,” dan penduduk biasa “Survivor”, yang tidak mempunyai kuasa seperti pahlawan super.
Matlamat Survivor adalah untuk melepaskan diri dari Raider. Raider pula perlu menghalang survivor daripada melarikan diri dan mengalahkan semua orang. Di samping itu, game ini berkongsi dunia dengan “DRAGON BALL XENOVERSE 2” dan dirancang untuk link save data pemain supaya dapat mengakses kedua-dua game pada masa depan. Butiran akan diumumkan kemudian.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Dragon Ball: The Breakers akan dilancarkan pada 14 Oktober 2022 di PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai Dragon Ball, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post