Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Vegeta menamakan transformasi baru Ultra Ego!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Vegeta menamakan transformasi baru Ultra Ego!
Share on FacebookShare on Twitter

Berkat kuasa yang diperoleh dari Dragon Ball atas Planet Cereal, Granolah berjaya menewaskan Goku walaupun wira kita menggunakan Ultra Instinct. Selepas itu, Vegeta mengambil alih pertarungan dan nampaknya hampir di ambang kekalahan. Namun pada penghujung bab 74, dia akhirnya menunjukkan hasil latihan bersama Beerus. Kini, dalam Dragon Ball Super bab 75, Vegeta akhirnya memberi nama rasmi kepada transformasi barunya iaitu Ultra Ego!

HARAP MAKLUM! Berikut mengandungi spoiler untuk Dragon Ball Super bab 75!

Bab ini meneruskan pertarungan Vegeta dan Granolah, dan ternyata transformasi ini sangat berbeza dari Ultra Instinct milik Goku. Dalam transformasi tersebut, dia berhenti mengelak serangan Granolah, dan membiarkan dirinya diserang. Vegeta menjelaskan bahawa dengan membuat demikian, ia membuatkan dirinya lebih teruja untuk bertarung. Pada masa yang sama, keinginan ini akan meningkatkan lagi kekuatan Vegeta secara beransur-ansur. Dia kemudian menghempas Granolah ke bekas reruntuhan kota Cereal. Setelah menggunakan perisai Ki untuk menghalang serangan Vegeta, Granolah memberitahu bahawa transformasi ini sangat berbeza dengan Goku. Vegeta balas:

“Jangan kau berani membandingkan teknik menyedihkan itu dengan teknik aku. Tubuh Kakarot mungkin ada minda sendiri, tapi aku sepenuhnya ego. Sebenarnya, kau boleh panggil ini Ultra Ego.”

kata Vegeta.

Seperti namanya, Ultra Ego adalah nama paling “perfect” untuk menggambarkan Vegeta. Dia sentiasa bersikap egois, dan itu merupakan antara sebab yang mendorongnya untuk bersaing dengan Goku sepanjang siri Dragon Ball. Namun, selepas berlatih dengan Beerus (God of Destruction bagi Universe 7), ia memberi cara yang berbeza untuk mengubah egonya menjadi kuasa bermanfaat. Dijelaskan lebih lagi, kekuatan Ultra Ego adalah milik Vegeta dan tidak dihadiahkan oleh Beerus. Beerus hanya memberi petunjuk untuk memanfaatkan kuasa yang sudah sedia ada.

RelatedPosts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

Malangnya, Vegeta masih kalah kerana menerima terlalu banyak kecederaan sambil membenarkan Granolah bertambah kuat. Itu sahaja untuk bab terkini Dragon Ball Super. Apa pendapat anda tentang Ultra Ego? Jika Vegeta sudah mahir, mungkin Ultra Ego dapat mengatasi Ultra Instinct dan akhirnya, dapatlah Vegeta kalahkan Goku. Jangan lupa kongsi pendapat anda di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Manga Plus

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball SupermangaUltra EgoVegeta
Previous Post

Pasukan kedua Touken Ranbu Musou didedahkan! Kasen Kanesada akan menjadi ketua untuk pasukan ini!

Next Post

Manga JoJoLion tamat, diteruskan dengan Jojo’s Bizarre Adventure Part 9!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Manga JoJoLion tamat, diteruskan dengan Jojo’s Bizarre Adventure Part 9!

Manga JoJoLion tamat, diteruskan dengan Jojo's Bizarre Adventure Part 9!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd