Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Transformasi ‘Gohan Beast’ & ‘Orange Piccolo’, info lengkap *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Transformasi ‘Gohan Beast’ & ‘Orange Piccolo’, info lengkap *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball Super: Super Hero telah ditayangkan di Jepun pada 11 Jun lalu dan seperti biasa, banyak spoiler telah viral di dalam internet termasuk imej dan rakaman tentang transformasi ‘Gohan Beast’ dan ‘Orange Piccolo’. Daripada menghentikan penyebaran spoiler, nampaknya Toei telah membuat pilihan untuk mendedahkan transformasi ini sepenuhnya dengan mengeluarkan trailer berbaur spoiler serta seni watak eksklusif.

Sempena itu, kami telah menerima banyak info penting – jadi buat sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut, berikut adalah penjelasan lengkap tentang transformasi Gohan Beast dan Orange Piccolo daripada filem Dragon Ball Super: Super Hero.

AMARAN! SPOILER UNTUK FILEM DRAGON BALL SUPER: SUPER HERO DI BAWAH

Gohan Beast

Dalam siri utama, Goku dan Vegeta berjaya menemui kuasa unik masing-masing iaitu Ultra Instinct (Goku) dan Ultra Ego (Vegeta). Walau bagaimanapun, Gohan juga telah memperoleh kuasa baru yang digelar sebagai ‘Beast’ selepas melihat Cell Max hampir membunuh mentornya, Piccolo.

Dalam bentuk ini, rambut Gohan sekali lagi menjadi pacak dan panjang ala Super Saiyan 2 (seperti versi Young Gohan daripada zaman Dragon Ball Z). Bezanya adalah rambut Gohan kini berwarna perak seperti warna Ultra Instinct milik Goku. Selain rambut, mata Gohan juga bertukar ke warna merah. Ini dikatakan adalah petunjuk bahawa sebahagian daripada kuasa Great Ape masih ada dalam diri Gohan.

Dalam sebuah temu bual, pencipta Dragon Ball Akira Toriyama bercakap tentang transformasi Gohan Beast dan apa yang membuatkannya sangat unik. Berikut adalah penterjemahan:

“Gohan mempunyai beberapa transformasi pada masa lalu, tetapi kali ini dia perlu membangkitkan perubahan baru. Gohan telah mencapai evolusi uniknya sendiri, berdasarkan jenis transformasi yang dia alami semasa kecil.  Saya juga telah menamakan transformasi ini ‘Son Gohan Beast’ dalam erti kata bahawa binatang buas dalam dirinya telah bangun.”

Orange Piccolo

Selain Gohan, Piccolo juga telah memperoleh transformasi baru bernama ‘Orange Piccolo’ di mana Akira Toriyama turut mengesahkan yang bentuk ini membawanya ke tahap yang setanding dengan Goku dan Vegeta. Transformasi ini hanya diperoleh selepas Piccolo membuat hajat kepada naga Shenron.

Dalam bentuk ini, Piccolo menjadi lebih tinggi dan lebih besar, matanya menjadi merah, dan kulitnya menjadi oren. Bentuk ini juga menyebabkan perubahan pada wajah Piccolo, di mana mukanya kelihatan lebih “macho”. Simbol kebanggaan Namek juga tiba-tiba muncul di belakang bajunya.

Menurut kata Akira Toriyama, ini adalah kali pertama Piccolo mendapat transformasi yang betul dan mendedahkan bahawa dia sengaja tidak ingin transformasi ini kelihatan terlalu “over”. Bagaimanapun, perkara yang mengesahkan kekuatan transformasi ini adalah apabila Toriyama kata:

“…secara peribadi saya gembira kerana [Piccolo] akhirnya memperoleh kuasa setanding dengan Goku dan rakan-rakan.”

https://www.youtube.com/watch?v=ncY1bH3pPeY

Buat peminat di Malaysia yang ingin melihat Gohan Beast and Orange Piccolo beraksi, berita baik adalah filem Dragon Ball Super: Super Hero akan ditayangkan di negara kita pada 30 Ogos! Hanya dua bulan lagi sebelum tayangan rasmi, jadi mohon semua banyak bersabar dahulu.

Untuk membaca segala liputan kami tentang siri Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon Ball SuperGohan BeastOrange Piccolo
Previous Post

Promosi baru! MSI Back to School Sale kini berlangsung dengan harga hebat!

Next Post

Way of the Hunter akan dikeluarkan pada 16 Ogos 2022 di konsol next gen dan PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Way of the Hunter akan dikeluarkan pada 16 Ogos 2022 di konsol next gen dan PC

Way of the Hunter akan dikeluarkan pada 16 Ogos 2022 di konsol next gen dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd