Dragon Ball Super baru saja mulakan story arc baru, dan dalam bab terbaru, telah menjelaskan tentang kuasa dan transformasi baru untuk masa depan francais. Ini merupakan pendedahan yang saya rasa sesuai (?), memandangkan Goku telah capai puncak kekuatannya dengan Perfected Ultra Instinct di Moro Arc. Dalam bab terbaru, ia dijelaskan bahawa Perfected Ultra Instinct hanyalah permulaan dan bukanlah satu-satunya kuasa dewa yang ada di alam semesta!
Dragon Ball Super, Ch. 68: The big fight is over but Goku’s not done training. Another bad guy is always on the horizon! Read it FREE from the official source! https://t.co/W8zzCGuL3M pic.twitter.com/efWv6n2Zkv
— Shonen Jump (@shonenjump) January 20, 2021
Harap maklum! Di bawah adalah spoiler Dragon Ball Super bab 68!
Selepas pertarungan dengan Moro, Goku dan Vegeta kembali menjalani latihan seperti biasa. Goku ingin mengasah lagi teknik Perfected Ultra Instinct, dan walaupun berjaya menunjukkan beberapa teknik baru ala-ala Naruto, Whis dengan mudah dapat kalahkan dia. Di situ, Whis menjelaskan kepada Goku bahawa Ultra Instinct mempunyai tahap kuasa yang berbeza.
Perfected Ultra Instinct milik Goku hanyalah titik permulaan menurut Whis, dan dia mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan lagi teknik ini. Whis juga menjelaskan bahawa setiap Ultra Instinct adalah berbeza dan disesuaikan mengikut gaya pertempuran pengguna. Di bawah adalah penjelasan Whis:
“… Kemampuan untuk menggunakan Ultra Instinct bukanlah tujuan utama anda. Sebenarnya, ini adalah titik permulaan. Saya mempunyai kawalan Ultra Instinct yang lebih hebat daripada Merus, dan Ultra Instinct milik Grand Priest lebih hebat daripada yang saya sendiri. Apa yang saya ingin cakap ialah sekurang-kurangnya anda mempunyai banyak ruang untuk berlatih dan berkembang. Bukankah itu menggembirakan anda?” -Whis kepada Goku.
Selain itu, Akira Toriyama juga membuka jalan baru untuk Vegeta dapatkan kuasa dewa! Ketika Goku berlatih dengan Whis, Beerus bertanya kepada Vegeta jika dia ingin mendapatkan kuasa dewa. Beerus memberitahu Vegeta bahawa Ultra Instinct bukanlah satu-satunya kekuatan dewa yang dapat dicapai oleh seorang individu:
“… Ultra Instinct bukan satu-satunya teknik para dewa. Itu hanya keistimewaan Angel. Adakah anda benar-benar fikir kita, Gods of Destruction, akan menggunakan teknik di mana kamu harus menjaga hati dengan tenang dan sabar?” -kata Beerus kepada Vegeta.
Dengan itu, Akira Toriyama telah meletakkan asas baru untuk masa depan Dragon Ball Super. Jauh berbeza daripada Dragon Ball Z, kali ini Goku dan Vegeta mempunyai haluan masing-masing, dan ini memberikan dua sebab yang menarik untuk kita kekal membaca manga. Apakah pendapat anda? Jom kongsi sekarang di ruang komen!
Sumber – Shueisha
@gamersantaimy
Discussion about this post