Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Super: Goku belajar tentang ayah kandungnya Bardock buat pertama kali!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 21, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Dragon Ball Super: Goku belajar tentang ayah kandungnya Bardock buat pertama kali!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah menyampaikan maklumat terkini untuk filem Dragon Ball Super: Super Hero di New York Comic Con, versi manga pula baru sahaja mengeluarkan bab baru malam tadi dan kali ini, Bardock akhirnya menjadi watak utama di mana Goku belajar beberapa fakta mengejutkan tentang ayah kandungnya.

AMARAN! Spoiler untuk manga Dragon Ball Super bab #77!

Dalam Dragon Ball Super bab #77, kita bersambung dari pertarungan antara Vegeta dan Granolah yang diganggu oleh kedatangan Monaito, seorang warga Namek dan penjaga kepada Granolah. Dalam keadaan cemas, Monaito kemudian menceritakan peristiwa ketika askar-askar Saiyan datang menyerang planet Cereal di bawah perintah Frieza. Serta-merta, hampir semua askar Saiyan membunuh penduduk planet tanpa belas kasihan. Semua kecuali Bardock iaitu ayah kepada Goku yang memutuskan untuk menyelamatkan nyawa seorang ibu dan anaknya (Granolah).

Image
Image

Monaito memperhatikan bahawa Goku dan Bardock mempunyai penampilan yang sangat mirip lalu bertanya jika dia mengenalinya, namun Goku menjawab “tidak” kerana dibesarkan oleh manusia di Bumi, dan sebenarnya tidak banyak tahu tentang kaum Saiyan. Setelah lama mendiam, Vegeta akhirnya memberitahu Goku bahawa Bardock merupakan ayahnya, manakala Granolah terkejut dengan kenyataan yang nyawanya diselamatkan oleh kaum Saiyan (yang dia teramat benci). Pada masa yang sama, Monaito mendedahkan hal sebenar di mana bukan Saiyan yang membunuh ibu Granolah tetapi kumpulan Heeter. Adegan berubah kepada geng Heeter yang masih meneruskan pencarian untuk Dragon Ball, sambil memikirkan peristiwa yang sama pada malam itu.

Image

Selepas Dragon Ball Super bab #77 keluar, kedua-dua “Goku” dan “Bardock” mula menjadi trending di Twitter. Seluruh fandom DB membincangkan tentang ayah Goku yang bersikap lebih belas kasihan dan dari watak sampingan, berubah menjadi faktor yang penting utama dalam story arc terkini di manga. Secara umum, bab terkini menerima sambutan meriah dari peminat dan juga memberi pandangan yang lebih mendalam tentang keperibadian Bardock.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bardockDragon BallDragon Ball Supergokumanga
Previous Post

Sausage Man Championship 2021 – Perlawanan sosej epik di Asia Tenggara!

Next Post

Filem Uncharted akan keluar di Malaysia pada 17 Februari 2022! Trailer terbaru juga dilepaskan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Filem Uncharted akan keluar di Malaysia pada 17 Februari 2022! Trailer terbaru juga dilepaskan!

Filem Uncharted akan keluar di Malaysia pada 17 Februari 2022! Trailer terbaru juga dilepaskan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd