Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Dragon Age: Absolution akan keluar 9 Disember di Netflix, 6 episod sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengeluarkan trailer baru untuk animasi Dragon Age: Absolution dan mengumumkan bahawa kesemua enam episod siri ini akan dikeluarkan pada 9 Disember. Animasi ini merupakan siri baru daripada Bioware dan Red Dog Culture House yang merupakan spin-off daripada francais game Dragon Age: Origins.

“Apabila rompakan terhadap lelaki paling berkuasa di Tevinter telah gagal, seorang askar upahan bernama Miriam (Kimberly Brooks) terpaksa berjuang untuk terus hidup. Sekarang, untuk menyelamatkan dirinya dan rakan-rakannya, Miriam perlu menghadapi masa lalunya yang tragis.”

Penerangan rasmi dari Netflix

DI dalam trailer yang baru dikeluarkan, kita dapat melihat pandangan pertama Dragon Age: Absolution yang berlatarkan pada garis masa yang tidak diketahui. Siri ini mengambil tempat di Tevinter Imperium, sebuah kubu yang mempunyai ahli sihir dimana mereka di siksa kerana mempunyai kuasa sihir yang berbahaya untuk dunia Thedas.

Siri ini mengisahkan tentang Miriam yang disuarakan oleh Kimberly Brooks, seorang pembunuh upahan yang pernah menjadi hamba di Tiventer dan sekarang harus menjadi seorang wira. Traier tersebut juga menunjukkan sekumpulan askar upahan yang ditugaskan untuk merompak cincin yang mampu menyedut darah, The Circulum Infinitus.

Menurut pernyataan rasmi daripada Netflix, Tevinter merupakan salah satu lokasi bagi game baru Dragon Age yang akan datang, Dragon Age: Dreadwolf. Walaupun begitu, ia akan menampilkan barisan watak baru, yang mempunyai kaitan minimum dengan game. BioWare terkenal kerana sering menghubungkan game mereka dengan media lain, biasanya buku atau komik. Dalam erti kata lain, anime ini pasti ada kaitan dengan game, cuma kita tidak tahu dalam cara bagaimana.

Berikut adalah rumusan daripada Netflix:

“Dicipta dengan kerjasama BioWare (pencipta francais game Dragon Age), Dragon Age: Absolution berlangsung di Tevinter dan menampilkan himpunan watak baru yang diilhamkan oleh tradisi Dragon Age, termasuk elf, mage, knight, Qunari, Red Templar, Demon dan kejutan istimewa lain.”

“Sejak membuat debut pada tahun 2009, francais game yang memenangi anugerah telah membawa pemain ke dunia Thedas dengan jalan cerita yang kaya, watak yang tidak dapat dilupakan dan tempat yang indah dan bahaya untuk ditemui.”

Game Dragon Age akan datang, Dragon Age: Dreadwolf, akan menjadi pengalaman tertumpu kepada single-player yang akan lebih mengembangkan pengembaraan luar biasa ini.”

Siri ini dibuat oleh Bioware dan Red Dog Culture House yang pernah bekerja untuk siri animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf dan Centuarworld untuk netflix. Siri ini akan ditayangkan sebanyak enam episod dan berdurasi selama 30 minit untuk setiap episod. Dragon Age: Absolution bakal ditayangkan di Netflix pada 9 Disember ini.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: biowareDragon Age: Absolutionnetflix
Previous Post

Mechamato Kini Anime ke-4 Terbaik Mengalahkan Filem Demon Slayer dan SPYxFAMILY! [UPDATE]

Next Post

John Wick: Chapter 4 tampil dengan lebih banyak aksi, bakal tiba pada 24 Mac 2023

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
John Wick: Chapter 4 tampil dengan lebih banyak aksi, bakal tiba pada 24 Mac 2023

John Wick: Chapter 4 tampil dengan lebih banyak aksi, bakal tiba pada 24 Mac 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd