Dr Disrespect sekarang dalam proses membuat game first-person shooter bertajuk Deadrop yang didedahkan awal tahun ini dan berpendapat bahawa game barunya itu pasti akan kelihatan lebih baik daripada CoD: Modern Warfare 2. Tahun lepas, dia telah mengumumkan yang dia akan bekerjasama dengan veteran industri dalam membangunkan game dan menghasilkan studio baru iaitu Midnight Society.

Bagi mereka yang tidak tahu, Dr Disrespect ialah seorang streamer terkenal dan juga mempunyai banyak kontroversi kerana personalitinya yang menarik. Perwatakannya sebagai Dr Disrespect membuatkan dia bercakap tentang perkara yang pelik dan kadangkala terbawa-bawa sehingga menyakitkan hati orang sekelilingnya. Tetapi ramai yang masih menghormatinya sebagai seorang pencipta.
Selepas bermain CoD: Modern Warfare 2 untuk beberapa jam, Dr Disrespect mengatakan gamenya yang masih dalam proses pembangunan sudah kelihatan lebih baik daripada Modern Warfare 2. Dia juga berkata bahawa dia percaya apabila Deadrop siap nanti pasti akan nampak lebih baik sambil membezakan kedua-dua game tersebut.

Walaupun kenyataan ini akan memakan dirinya jika Deadrop tidak menjadi, dia tetap dengan penuh yakin mengatakan game tersebut dalam “4/10” dari segi finalize sudah kelihatan lebih baik.
“Saya sangat yakin Deadrop akan kelihatan jauh lebih baik daripada permainan ini, saya jamin…. Apabila saya katakan game kami kelihatan lebih baik daripada Call of Duty: Modern Warfare, walaupun dalam keadaan yang tidak lengkap dan tidak finalized, game kami kelihatan lebih baik daripada ini. Memang betul, saya tidak tahu nak cakap apa lagi”

Jika korang nak tahu, Dr Disrespect mempunyai latar belakang dalam pembangunan game. Dia pernah bekerja di Sledgehammer Games dan membangunkan peta untuk Call of Duty: Advance Warfare sebelum fokus dalam bidang penstriman.
Buat masa ini masih tiada khabar berita bila Deadrop akan dikeluarkan dan bagaimana game itu akan kelihatan, kami akan kemas kini kepada korang apabila sudah dapat info tentang game tersebut.
Korang boleh layan live stream dan pelbagai video daripada Dr Disrespect di YouTube rasminya. Untuk video live stream yang mengatakan perkara ini, korang boleh tengok di bawah pada “timestamp” minit ke 6:18:00.
Apa pendapat korang tentang Dr Disrespect yang mengatakan game dia akan menjadi lebih baik daripada Cod: Modern Warfare 2, korang akan cuba tak nanti? Boleh komen pendapat korang di bawah. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post