Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Download Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS & Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Download Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS & Android
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix Montreal telah membuat pengumuman mengejut dengan melancarkan Hitman Sniper: The Shadows, entri terbaru dalam francais Hitman bagi platform mobile. Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh download game Hitman Sniper: The Shadows sekarang di iOS dan Android.

Berbeza sedikit daripada game sebelum, The Shadows tidak menampilkan Agent 47 sebagai watak utama dan sebaliknya memfokuskan kepada enam sniper berbeza, masing-masing dengan kebolehan mereka sendiri.

Ditugaskan untuk membunuh sasaran berasal dari organisasi jahat, setiap peralatan dan statistik boleh ditingkatkan semakin jauh korang maju dalam kempen, lantas memberikan banyak pilihan untuk pemain mencipta sniper dengan playstyle unik.

“Sejak awal lagi, cita-cita kami adalah untuk menyampaikan pengalaman Hitman Sniper bernilai yang berproduksi tinggi di mobile dari segi kualiti grafik dan gameplay.”

“Kami mahu game ini menjadi permulaan kepada sesuatu yang baru dan bukannya sekuel. Visi ini membebaskan kami untuk bergerak ke arah yang berbeza, seperti memperkenalkan The Shadows dan membolehkan kami mencipta pengalaman permainan yang lebih mendalam untuk pemain.”

kata Simon Doongoor, penerbit kanan untuk Hitman Sniper: The Shadows

Pemain bukan sahaja akan membunuh sasaran, tetapi mereka akan menggunakan senapang untuk mengaktifkan perangkap, mengalih perhatian musuh dan lain-lain semasa memerhatikan gerak geri sasaran.

Game ini juga menawarkan pelbagai cara mode menarik, termasuk kempen jalan cerita dan mod PvP unik di mana pemain harus bersaing untuk membunuh sasaran. Pemain yang memperoleh mata terbanyak akan dihadiahkan dengan ganjaran lumayan.

Hitman Sniper: The Shadows kini tersedia untuk download di kedua-dua peranti iOS dan Android. Ia pertama kali diumumkan di E3 2021 di acara siarang langsung Square Enix Presents sebagai susulan kepada Hitman Sniper (2015).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidHitman Sniper: The ShadowiOS
Previous Post

Meme “Drake” muncul dalam kertas Bahasa Melayu SPM 2021

Next Post

Epic Games menawarkan dua game “serangga” & satu bonus tambahan secara percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Epic Games menawarkan dua game “serangga” & satu bonus tambahan secara percuma

Epic Games menawarkan dua game "serangga" & satu bonus tambahan secara percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd